DAPATKAN BONUS EKSTRA SEHINGGA RM3,500 DENGAN HONDA SEPANJANG APRIL INI
Honda Malaysia kini menganjurkan kempen “Enjoy the Gifts of Booking Early” sepanjang April ini.
Pelanggan bakal menerima ganjaran istimewa seperti Bonus Honda, baucer servis percuma dan pilihan wang tunai sehingga RM3,500 termasuklah hadiah eksklusif.
Rebat tersebut ditawarkan ke atas model Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, BR-V, Accord, CR-V dan Odyssey yang didaftarkan di antara 1 hingga 30 April 2019.
Kempen ini merupakan salah satu usaha Honda Malaysia menyatakan terima kasih kepada pelanggan yang menjadikan Honda jenama bukan nasional No. 1 dan No. 2 dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tiga tahun berturut-turut.
Bagi terus mengujakan pasaran, Honda Malaysia telah melancarkan HR-V baharu pada Januari lalu dengan pelbagai ciri dipasang pada varian V dan E. Buat pertama kalinya, varian RS dilancarkan yang hadir dengan ciri Variable Gear Ratio Steering System (VGR) untuk pemanduan lebih sporty.
Terbaharu, HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD turut menyertai keluarga hibrid Honda di Malaysia. SUV itu dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem pancitan terus yang mampu menghasilkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter, tetapi lebih menjimatkan minyak.
Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tuuh kelajuan dan motor elektrik berkuasa tinggi.
Penawaran model baharu telah mencetuskan memenum yang positif pada permulaan tahun 2019. Bermula Januari hingga Mac 2019, Honda Malaysia berjaya mencatat jualan 22,000 unit. City menjadi penyumbang terbesar, diikuti oleh HR-V dan CR-V.