Artikel PilihanBuletin

DAPATKAN FON TELINGA TANPA WAYAR MCLAREN DAN KLIPSCH – LUPAKAN JENAMA CAP AYAM

Syarikat pakar audio Klipsch dan pasukan Formula 1 McLaren telah bekerjasama dalam menghasilkan fon telingan bebas wayar yang dinamakan Klipsch T5 True Wireless Sport McLaren Edition. Pergh, nak taip pun lenguh tangan baii.

Fon telingan ini menampilkan dynamic moving-coil driver bersaiz 5mm lengkap dengan sambungan Bluetooth 5.0 yang menyokong sambungan AAC dan aptX. Setiap unit fon telinga ini juga  dilengkapi dengan bateri berkuasa 50mAh yang menjanjikan muzik tanpa henti selama 8 jam. Nak dengar ceramah agama, dakyah politik semua boleh. Suara abang Japar pun akan terasa lebih gemersik dan merdu.

Kalau buat perjalanan jarak jauh pun tak ada masalah sebab, bekas khasnya juga dilengkapi dengan bateri 360 mAh yang menyimpan kuasa untuk kegunaan selama 24 jam. Nak cas semula pun mudah, guna sahaja kabel USB-C dengan pun dengan pad cas semula bebas wayar Qi.

Kipsch dan McLaren juga sudah memastikan fon telinga T5 ini kalis debu dan air dan mampu bertahan pada kedalaman air 1 meter selama 30 minit. Sebagai tambahan, bekasnya juga mempunyai fungsi untuk mengeluarkan air dari sistem bagi memastikan ia sentiasa kering sewaktu disimpan.

Setiap set dilengkapkan dengan 6 tip telingan pelbagai saiz untuk keselesaan. Set fon telingan T5 ini pun mudah dikenali dengan warna Papaya Orange yang kotak khasnya yang dihasilkan dari gentian karbon.

Murah ke? Haha, memang mustahil murah sebab ia membawa jenama Kipsch dan McLaren kecuali jika ditiru dan dihasilkan di Guangzhou. Ia dipasarkan di AS dengan harga USD249 yang bersamaan dengan RM1062.31.

Ia bakal dipasarkan Ogos ini dan berdasarkan keadaan akaun McLaren sekarang mereka akan mencari pelbagai sumber untuk mendapatkan sumber kewangan dan ini mungkin salah satu cara yang dipilih.

Memang penting fon telinga sekarang sebab makcik-makcik bawang ni ada di mana-mana dan bila bercakap memang tahan betul baterinya. Tanpa henti 7 hari seminggu siang malam.

Google ads
Back to top button