Artikel Pilihan

ALKISAH FARIQE HAIRUMAN – APA KHABAR WAK TEMPE?

Nama pelumba Fariqe Hairuman ini sebetulnya suatu ketika dahulu pernah meletop dalam dunia perlumbaan kereta. Sayangnya ketika itu, Facebook pun belum wujud lagi. Mengharapkan berita dari akhbar arus perdana sahaja sebagai sumber berita.

BACA : MASIHKAH ANDA INGAT TENTANG KERETA INI? PROTON WAJA YANG BERTARUNG DALAM BTCC?

BACA : INI BUKTI PROTON R3 MASIH BEROPERASI, LAWA SUNGGUH 2 MODEL INI!

Dan untuk itu Brader Karrager boleh rasa berterima kasih jugalah dengan si Mark. Setidaknya, dapat juga buat sesi temubual dengan pelumba Fariqe Hairuman secara atas talian menggunakan FB Messenger.

Fariqe Hairuman, sebetulnya baharu juga menyambut ulang tahun yang ke 35 tahun. Masih mudah lagi sebetulnya. Tapi pengalaman beliau sebetulnya bukanlah kecil anak. Pemuda yang dilahirkan dan dibesarkan di Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai seorang sahaja isteri dan tiga orang anak-anak.

Fariqe mula menjebakkan diri dalam dunia perlumbaan kereta seawal usia 14 tahun di Litar Pasir Gudang sebagai Marshall. Pengalaman sebagai Marshall selama beberapa tahun, beliau berpeluang melihat pelbagai aktiviti perlumbaan seperti Johor Race Series secara langsung depan mata. Sudah tentu beliau turut menyimpan hasrat untuk bergelar pelumba suatu hari.

Dan rezeki untuk Fariqe tiba pada penghujung tahun 2000 apabila beliau ditawarkan untuk menyertai program pembangunan pemandu Team Petronas Primax yang diketuai oleh Dato David Wong. Dan kemudiannya, Fariqe dihantar untuk menjalani latihan selama tiga bulan di New Zealand bersama Richard Lester Motorsports. Prestasi beliau agak baik juga sewaktu debut perlumbaan Johor Race Series (JRS) dengan memandu kereta Nissan Pulsar N1. Setakat ulang alik Litar Pasir Gudang sama Litar Batu Tiga barangkali dah jadi lumrah buat Fariqe di kala itu.

Dan lanjutan daripada itu, Fariqe acap kali juga beberapa kali menimba pengalaman berlatih di luar negera seperti di Afrika Selatan dan juga UK. Hasilnya, beberapa kejayaan berjaya diraih seperti menjuarai JRS dan juga New Zealand Endurance Race.

Dan Fariqe terus menempa nama di luar negara apabila membuat debut pada perlumbaan British Touring Car Championship pada tahun 2004. Pada tahun 2007 pula, beliau menjadi rakyat Malaysia yang berpeluang berlumba di Jepun, Super Taikyu Endurance Series. Hasilnya? Mendapat tempat kelima untuk keseluruhan, tiga kali sebagai pole position dan juga dua kali podium kemenangan.

Pada tahun 2007 juga menyaksikan Fariqe yang beraksi penuh dalam musim Asian Touring Car Series (ATCS) dan muncul juara keseluruhan. Jarang ada anak muda yang mampu muncul juara. Ternyata Fariqe ini bukan biasa-biasa.

Sebetulnya kalau hendak disenaraikan, memang penuh resume Fariqe ni bab memang. Piala kemenangannya entah-entah di rumah sampai tak muat almari nak susun. Walau pun beliau kelihatan seperti sudah tidak aktif berlumba, sebenarnya kelibat beliau masih boleh dilihat dalam arena perlumbaan tempatan. Pasukan professional yang diwakili oleh Fariqe adalah Proton R3 beberapa tahun sudah. Kini beliau hanya bertanding secara Indie.

Bagi mengisi masa yang terluang, Fariqe sebetulnya turut menjalankan beberapa perniagaan di sekitar Johor Bahru. Kalau lapar, boleh singga ke kedai makan beliau Dapur Wak Tempe di Kg Melayu Majidee. Kalau yang inginkan kereta kesayangan kelihatan lebih cantik dan berseri, perkhidmatan FH Detailing turut tersedia. Siap boleh ke rumah der!

Apa-apahal pembaca semua boleh rujuk ke FB Fariqe untuk maklumat lanjut. Sumpah, Brader Karrager tak amik komisyen langsung. Hmm, tiba-tiba macam teringin nak makan tempe pula.

Google ads

B K

Back to top button