Buletin

DBKL PERKENAL KAEDAH CAJ PEMBAYARAN BAHARU BERMULA HARI INI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di ibu negara bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan DBKL sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan Boost dan Touch n Go e-dompet bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.

“Pada ketika ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.

“Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada,” katanya.

Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Google ads
Back to top button