FRONTIER AIRLINES TAWAR PENERBANGAN PERCUMA. KHAS BUAT PENUMPANG BERNAMA ORLANDO
Syarikat penerbangan Frontier Airlines menawarkan baucar penerbangan percuma sepanjang Oktober untuk semua penumpang bernama Orlando.
Prmosi berkenaan merupakan hasil kerjasama syarikat itu dengan agensi pelancongan tempatan, Visit Orlando untuk menggalakkan pelancong berkunjung ke bandar itu.
Naib Presiden Pemasaran Frontier Airlines, Tyri Squyres menyifatkan bandar Orlando sebagai destinasi terbaik bagi percutian keluarga yang menyeronokkan.
“Pihak kami akan menawarkan baucar tiket penerbangan pergi balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando yang bernilai AS$250 (RM1,040) untuk semua rakyat Amerika Syarikat yang bernama Orlando sebagai nama sendiri atau nama keluarga.
“Permohonan untuk memenangi tiket ini boleh dibuat di laman web rasmi Frontier Airlines sehingga 5 Oktober ini untuk tarikh penerbangan bermula 13 hingga 20 Oktober 2020,” katanya.
Bagi mereka yang tidak memiliki nama seperti bandar itu, syarikat tetap menawarkan diskaun tiket bermula AS$39 (RM162) bagi penerbangan dalam lingkungan tarikh yang sama. – agensi
- BACA: TIKET PENERBANGAN TANPA HALA TUJU QANTAS SOLD OUT DALAM TEMPOH 10 MINIT!!!
- BACA: SINGAPORE AIRLINES BAKAL TAWAR PENERBANGAN TIDAK KE MANA-MANA PADA BULAN HADAPAN
- BACA: PENDAPATAN SEKTOR PENERBANGAN MALAYSIA DIJANGKA SUSUT SEHINGGA RM19 BILION
- BACA: BERJALAN ATAS SAYAP PESAWAT, WANITA DIHARAM NAIK PENERBANGAN UKRAINE INTERNATIONAL AIRLINES