Buletin

DIDAKWA CUAI, TOYOTA DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM993 JUTA KEPADA SEBUAH KELUARGA DI TEXAS

Mahkamah di Texas baru-baru ini mengarahkan Toyota supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$242 juta (RM993 juta) kepada sebuah keluarga di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Ia berikutan sedan Lexus ES 300 buatan tahun 2002 yang dipandu oleh keluarga mangsa terlibat dalam satu kemalangan pada September 2016.

Pelanggaran dari arah belakang itu menyebabkan dua orang kanak-kanak  berusia tiga dan lima mengalami kecederaan serius.

Juri bersetuju mengenakan pampasan selepas mendapati Toyota Motor Corp cuai dalam memastikan keselamatan penumpang, walaupun kedua-dua mangsa menggunakan tempat duduk keselamatan ketika kemalangan berlaku.

Juri juga mendapati tempat duduk hadapan berbahaya dan pihak defendan gagal memberi amaran mengenainya.

Dalam satu kenyataan rasmi, Toyota sedang menimbangkan pilihan-pilihan yang ada.

“Walaupun kami menghormati keputusan juri, kami tetap yakin bahawa kecederaan yang berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Bukannya kerana reka bentuk atau kecacatan pengilangan model Lexus ES 300 tahun 2002.”

Google ads
Back to top button