
DRAG RACE 3 RAJA HATCHBACK. CIVIC TYPE-R, VW GOLF R & MERC A35 AMG
“Perang” untuk menghasilkan hatchback paling berkuasa di dunia berterusan setiap generasi. Kali ini, Honda tampil membuat penampilan sulung sebagai satu-satunya wakil dari benua Asia.
Seperti yang kita ketahui, Volkswagen menerusi Golf R, tidak pernah maunya mengalah bila bercakap tentang kereta sports hatch ni. Dan dalam pertarungan yang dibuat oleh laman web Auto Express ini, ketiga-tiga jagoan dunia akan menguji kepantasan memecut.
Mercedes AMG A35
Ia merupakan “ahli” terbaru dalam persatuan kereta hacthback laju ni. Model ini dikuasakan enjin A35 4Matic 2.0L empat selinder turbo dengan catatan 306hp/400Nm.

Ia dikendalikan transmisi automatik AMG SPEEDSHIFT DCT 7G tujuh-kelajuan dan AMG Performance 4Matic pacuan empat roda. Dari segi spesifikasi, kereta ini mampu memecut 0 ke 100km/j dalam masa hanya 4.7 saat dengan kelajuan tertinggi 250km/j.
Honda Civic FK8 Type-R
Satu-satunya hatch yang masih mengekalkan transmisi “jantan”, manual enam kelajuan. FK8R dikuasakan enjin K20A2 empat selinder turbo dengan catatan 317 kuasa kuda.

Pecutan 0-100 ialah 5.9 saat. memang paling perlahan, atas kertas.
VOLKSWAGEN GOLF R
Model terbaru keluarga R ini dikuasakan enjin 2.0L TSI empat selinder turbo dengan catatan kuasa kuda paling rendah berbanding dua yang diatas iaitu 300hp/380Nm.

Ia dikuasakan dengan transmisi 7-kelajuan DSG dual-clutch dan sistem 4MOTION four-wheel drive system. Pecutan 0-100km/j ialah 4.6 saat sahaja, terpantas di antara ketiga-tiganya.
Anda boleh lihat hasil ujian ketiga-tiga hot hatch ini.
Tapi sedih jugalah tengok Civic Type-R tu serupa tak bergerak duduk belakang.
Bersangka baiklah, mungkin joki dia tengah cari rumah sewa kot.