
SUV CANGGIH INI DIBINA OLEH SEBUAH SYARIKAT YANG BARU DITUBUHKAN. ENOVATE ME7
Di sebuah negara yang setiap hari ada sahaja kereta baru dilancarkan, ia bukanlah sesuatu yang pelik. Namun sebuah SUV baru, berteknologi elektrik dari sebuah syarikat yang muncul secara tiba-tiba memang ia perkara yang sangat menakjubkan.
Di China, kenderaan elektrik merupakan trend pembuatan dalam sektor automotif. Tetapi melihat sebuah syarikat yang tiada pengalaman langsung dalam industri ini tetapi menghasilkan kenderaan sebaik ini?

Ya. ia nampak sempurna untuk sebuah SUV yang dikuasakan motor elektrik. Enovate ME7 ini dihasilkan syarikat Enovate Motor dan mereka akan melancarkannya secara rasmi pada pameran auto Shanghai bulan depan.
Enovate ME7 didakwa mampu mencatat perjalanan sehingga 500kilometer untuk sekali cas. Dan rekabentuk SUV ini menghasilkan Drag Coefficient hanya 0.28cd.

Teknologi yang diserapkan pada SUV ini juga menarik. Ia diintegrasikan dengan sistem yang dikenali sebagai OTA, yang membolehkan ia dikemaskini menggunakan internet. Ia juga disambungkan dengan rangkaian 4G sepanjang masa.
Ia juga dilengkapi dengan pengenalan muka yang akan membuat pelarasan secara automatik pengikut profil pemandu seperti kedudukan kerusi, cermin tengah dan sisi, muzik dan juga tetapan lampu kabin.
Untuk pemanduan, ia dilengkapi dengan sistem autonomous Level 2.5. Ingat sistem Honda Sensing? itu adalah contoh autonomous level 2.
Bahagian dalamannya dilengkapi dengan skrin, bukan satu, bukan dua tapi LIMA yang membolehkan penumpang menghantar mesej sesama sendiri dalam kereta.
Kira tak payah cakap langsung lah.
GALERI