" "
Buletin

BEKAS JURUTEKNIK AUTO JABATAN POLIS BOSTON SONGLAP ALAT GANTI CECAH RM1.08 JUTA

Seorang bekas juruteknik auto Jabatan Polis Boston (BPD) bertindak mencuri alat ganti, perkakasan dan bekalan bernilai AS$260,000 (RM1,08,4460 juta) dari jabatan terbabit.

Menurut Pejabat Peguan Amerika Syarikat (AS) Daerah Massachusetts, Gharony menyediakan “ skim menggelapkan ratusan ribu dolar darpada BPD.”

“Sebagai pekerja bahagian pengurusan pengangkutan, Gharony boleh memesan alat ganti dan bekalan untuk membantu menyelenggara kenderaan-kenderaan jabatan”

Gharony didakwa memesan alat ganti dan bekalan dengan tujuan menjual kepada orang lain.

Dia telah menyerahkan invois palsu dan diubah kepada BPD bagi alat ganti, perkakasan dan bekalan.

Menurut kerajaan, skim Gharony berlanjutan selama tiga tahun tetapi dikesan Unit Anti-Rasuah BPD.

Gharony mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara dua bulan diikuti pemantauan selama tiga tahun selepas dibebaskan.

Mass Live melaporkan dia turut perlu membayar restitusi sebanyak AS$256,432 (RM1 juta)- carscoops

Google ads
Back to top button