
DUCATI MALAYSIA SEDIA REBAT TUNAI SEHINGGA RM8K MELALUI ‘MASSIVE DEALS FOR MERDEKA’
Ducati Malaysia baru-baru ini menawarkan ‘Massive Deals for Merdeka’ untuk para peminat jenama berkenaan mendapatkan peralatan atau model sedia ada di pasaran tempatan.
Melalui ‘Massive Deals for Merdeka’, Ducati Malaysia menyediakan rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model terpilih sehingga 30 September 2023. Jadi, kepada anda yang mengidamkan jentera Ducati, inilah masa untuk memilikinya.
Selain itu, Ducati Malaysia juga menyediakan tunggang uji untuk memastikan pelanggan baharu atau sedia ada merasai sendiri pengalaman menunggang jentera Ducati.

Di samping tawaran pemilikan dan rebat, Ducati Malaysia turut melanjutkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 35 peratus untuk pakaian rasmi Ducati rasmi terpilih, barangan, perkhidmatan Desmo, aksesori serta alat ganti.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘Massive Deals for Merdeka’, anda boleh melayari laman web Ducati atau lawati pengedar Ducati seluruh Malaysia.
Untuk menerima kemas kini dan mendapatkan maklumat lanjut tentang jenama, produk atau acara Ducati, ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.
- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, 73HP, HARGA BERMULA RM62K
- BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 DENGAN SET EKZOS AKRAPROVIC, JIMAT 5.5KG!
- BACA: DUCATI TERUS BERINOVASI UNTUK PEMINAT, TIDAK MAHU KETINGGALAN
- BACA: DUCATI DESERTX 2023 KINI DENGAN LIVERI RR22 BAHARU, CIRI TEKNIKAL MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM115K