
MAZDA MULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN MX-30 E-SKYACTIV R-EV DENGAN ENJIN ROTARY
Mazda Motor Corporation sedang memulakan pengeluaran besar-besaran bagi model Mazda MX-30 e‑Skyactiv R-EV untuk pasaran Eropah.
MX-30 e-Skyactiv R-EV ialah kenderaan pengeluaran besar-besaran pertama Mazda dengan enjin rotary dalam tempoh 11 tahun sejak Mazda RX-8 dihentikan pada Jun 2012.
Untuk rekod, Mazda telah menghasilkan lebih 1.99 juta kenderaan enjin rotary.

Terdahulu, MX-30 e-Skyactiv EV2 diperkenalkan pada 2020 sebagai kenderaan elektrik bateri, kini MX-30 e-Skyactiv R-EV menambah pilihan hibrid plug-in yang unik.
MX-30 e-Skyactiv R-EV adalah kenderaan elektrik hibrid (PHEV) plug-in unik dan dipadankan bersama enjin rotary. Enjin pembakaran dalaman ini memacu penjana melalui pengecasan bateri untuk memberikan kuasa tambahan jika diperlukan.
Bagi MX-30 e-Skyactiv R-EV, kenderaan ini sentiasa dipacu oleh motor elektrik.
Walaupun julat pemanduan elektrik bateri MX-30 e-Skyactiv R-EV 85km seakan mencukupi untuk keperluan pemanduan harian, tetapi dengan enjin rotary, ia memberikan lebih jarak gerak sekiranya pengguna melakukan perjalanan jarak lebih jauh.
MX-30 merangkumi pendekatan pelbagai penyelesaian Mazda untuk bergerak ke arah neutraliti karbon termasuk penggunaan cat multitone MX-30.
Cat berkenaan digunakan dengan pistol semburan berketepatan tinggi, sekali gus mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak kira-kira 34 peratus hingga 37 peratus.
- BACA: MAZDA TANGGUH PENGENALAN MODEL MX-30 DENGAN ENJIN ROTARY RANGE EXTENDER
- BACA: 3 GEN MAZDA RX-7 FB, FC, FD DENGAN ENJIN ROTARY IKONIK
- BACA: MAZDA JALIN KERJASAMA DENGAN PANASONIC – GUNA BATERI LITHIUM-ION SILINDER PANASONIC UNTUK EV MAZDA
- BACA: MAZDA2 2023 FACELIFT MUNCUL DI THAILAND, ENJIN 1.3L PETROL ATAU 1.5L DIESEL, DARI RM80K