Artikel Pilihan

DUCK TOUR : DARI PERANG KEPADA TARIKAN PELANCONG

Tolong jangan minta Brader Karrager alih bahasa Duck Tour ke Bahasa Melayu. Tak sampai langsung maksudnya ok. Jadi, ada eloknya kita kekalkan penggunaan istilah Duck Tour ini ok? Baiklah. Apakah bendanya Duck Tour ini? Barangkali ada yang pernah naik. tetapi tidak pernah mengetahui keturunannya.

BACA : STUNT LEGENDS MOVIE ANIMATION PARK STUDIO – MENGKOMER SEMUA UDOH PERGI KE YEOP?

BACA : BOSAN DENGAN BANJIR KILAT, LELAKI INI UBAHSUAI KERETA JADI AMFIBIA

Dewasa ini Duck Tour ini digunakan sebagai sebuah kenderaan amfibia bagi tujuan tarikan pelancong yang digunakan di kawasan Bandar, Laut, Sungai dan juga Tasik. Kenderaan jenis amfibia ini asalnya merupakan sebuah kenderaan tentera milik Amerika Syarikat di era tahun 1950an.

Apabila perang sudah pun berakhir, maka sudah tentu kenderaan yang terdiri daripada model LARC-V (Light, Amphibious, Resupply, Cargo), dan juga DUKW (Duplex Universal Karrier, Wheeled)ini telah dilucutkan tugasan ketenteraannya. Tugasan pertamanya sebagai fungsi tarikan pelancongan adalah pada tahun 1946 oleh Mel Flath dan Bob Unger melalui penubuhan Wisconsin Ducks.

Model DUKW ini terlebih dahulu beraksi sewaktu Perang Dunia Kedua dan juga Perang Korea. Model yang dibina daripada trak GMC CCKW 6×6 ini mempunyai kelajuan maksimum 80km/j atas daratan dan 6 knot di lautan. Sudah tentu penggunaannya banyak digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat dan juga Britain.

Untuk model LARC-V ianya turut diguna pakai oleh pasukan tentera serata dunia seperti di Argentina, Australia, Iceland, Portugal dan tidak ketinggalan negara jiran Singapura. Dan bagi tentera Amerika Syarikat, model LARC-V ini turut memainkan peranan besar sewaktu Perang Vietnam.

Tapi itu dululah. Kegagahan kenderaan ini telah berubah wajah kepada sesuatu yang lebih comel penampilannya. Dan tahukah bahawa di rantau kita ini turut boleh dilihat kelibatnya di negara kita dan juga Singapura. Di tempat kita, bolehlah dianggap sebagai bertuah apabila aksi kenderaan amfibia ini boleh dinaiki di Melaka dan juga Langkawi. Dan Brader Karrager sememangnya pernah menaiki Duck Tour ini di Melaka.

Kelajuannya di atas darat terlalu perlahan. Jalan secara gostan pun laju lagi rasanya. Tapi apabilla badan kenderaan ini mula menyentuh air, sifat lemah lembut kenderaan ini mula berubah sifat kepada lebih steady, Walau pun badan kenderaan ini terhoyong hayang di pukul ombak Selat Melaka, namun ianya masih steady.

Jadinya, barangsiapa yang masih belum berpeluang, boleh mencuba menaikinya. Cuma tiketnya jangan kau harap semurah tiket fun fair. Sepuluh ringgit dapat tiga. Tapi jangan pula kau keluar dakyah kata ini semua peninggalan perang milik US. Milik Yahudi. Kena boikot. Yang kau hisap rokok tu bukan company Yahudi punya? Lainlah kalau hisap rokok kretek. Jiran tetangga punya. Iya tak?

Tags
Google ads
Back to top button