Artikel Pilihan

STUNT LEGENDS MOVIE ANIMATION PARK STUDIO – MENGKOMER SEMUA UDOH PERGI KE YEOP?

Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Meru, Ipoh adalah taman tema yang boleh dikategorikan sebagai baharu juga dibuka untuk pengunjung. Ianya mula dibuka untuk pengunjung pada tahun 2017 yang lalu. Walau pun ada cakap – cakap tentang kekurangan yang wujud pada MAPS ini, namun tahukah ada satu pertunjukan yang seharusnya menjadi kebanggaan kita semua. Tidak lain dan tidak bukan, Stunt Legends, sebuah persembahan aksi lagak ngeri secara langsung buat pertama kalinya di Asia Tenggara.

BACA : DUCATI AKAN BUKA SEBUAH TAMAN TEMA DI ITALI – TAKKAN DI CHOW KIT PULAK

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA FAIDZAL ALANG – PELUMBA PUN IYA, STUNTMAN PUN IYA JUGA

Brader Karrager telah mengambil kesempatan pada musim cuti sekolah kali ini untuk turut sama membawa anak – anak berlibur di Taman Tema yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan ini. Dan apabila sudah ke sana, sudah tentu tarikan utama bagi lelaki yang jiwanya lebih ke arah besi yang bernama kereta, tumpuannya adalah Stunt Legends Arena. Walau pun telah disediakan tempat di bahagian Media yang menjanjikan ruang tontonan yang lebih selesa dan lebih dingin, tapi Brader Karrager lebih gemar untuk memilih tempat duduk di barisan hadapan. Terik pun teriklah.

Ternyata, keterujaan melihatkan aksi lagak ngeri yang dilakukan depan mata berjaya meningkatkan sedikit demi sedikit adrenalin dalam badan penonton. Bunyi cicitan tayar yang membaham rakus trek oleh pelaku lagak ngeri berjaya memberikan suatu tontonan yang cukup mengujakan. Apatah lagi meilihatkan aksi street fighting yang dilakukan. Brader Karrager tengok bukan main lagi dia sepak kepala dan menghentak kepala di hud kereta, walau pun dalam keadaan berhelmet. Bergegar juga kepala otak, iya tak?

Jadinya, buat semua, masih ada masa hujung minggu ini untuk ke sana melayan aksi lagak ngeri tempatan yang handal ini. Jom kita ke MAPS.

Trivia Mengenai Stunt Legends MAPS Perak

1.  Tahukah bahawa barisan pasukan lagak ngeri ini seramai 30 orang ini (28 orang pelaku lagak ngeri dan 2 orang mekanik) adalah anak tempatan kesemuanya yang diketuai oleh Faidzal Alang, selaku Pengurus / Stunt Coordinator.

2. Di awalnya, Faidzal Alang dan Faidzil Alang telah ditugaskan untuk menjalankan pemilihan bagi me-rekrut anggota pelaku lagak ngeri pada  tahun 2015.

3. Waktu persembahan setiap hari adalah jam 2.30 petang sahaja dan berlangsung sekitar 30 minit sahaja di Stunt Legends Arena. Manakala hujung minggu waktu persembahan tambahan adalah pada waktu 8.00 malam (bergantung situasi).

4. Aksi lagak ngeri yang dipersembahkan meliputi aksi berkereta, motosikal, pergaduhan jalanan dan juga terjunan dari tempat tinggi. (setiap persembahan akan ada kereta/motor yang akan bertindak sebagai back up sekiranya berlaku sesuatu pada kenderaan tersebut).

5. Stunt Legends ini mempunyai 11 buah kereta Nissan Skyline R34 serta 5 buah motosikal KTM.

6. Mereka turut mempunyai bengkel dan mekanik dalaman bagi bagi tujuan memudahkan kerja – kerja penyelenggaraan kenderaan.

7. Kepanasan suhu enjin boleh menjadi sangat melampau sewaktu persembahan (kebanyakkan masa hanya gear 1 sahaja digunakan). Maka sebaik sahaja tamat persembahan, setiap kereta perlu disejukkan dengan meletakkan kipas di hadapan intercooler.

8. Sepatutnya Stunt Legends ini menggunakan kereta custom yang diberi nama MAPS Hacker (kereta sebenar ada dipamerkan di hadapan pintu masuk / keluar ke MAPS), tetapi kesukaran mendapatkan alat ganti, memaksa pilihan tepat adalah penggunaan kereta produksi massa. Senang sikit nak cari alat ganti, iya tak? Tapi apa pasal tak pilih guna Tiara hah?

9. Sebagai ganti, mereka telah meng-custom-kan Nissan Skyline R34 untuk dijelmakan sebagai MAPS Hacker. Mesti sebelum ini ramai yang tertanya gerangan apakah kereta yang berwarna merah ini kan?

10. Walau pun masa persembahan hanya berdurasi 1/2 jam, tetapi setiap pelaku lagak ngeri mempunyai rutin yang agak ketat juga. Terutamanya membabitkan tahap kecergasan. Apatah lagi aksi sebegini memerlukan daya fokus yang yang cukup tinggi bagi setiap persembahan.

11. Harus barang diingat, untuk menonton persembahan ini tidak digalakkan membawa bayi / anak kecil seusia 1 – 2 tahun. Tidak sesuai ya adik kakak sekalian.

 

 

Google ads

B K

Back to top button