Modifikasi

BMW ENTWICKLUNG E39. TERIMA KASIH 2JZ!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Okay, citer sini abis sini. Kira-kira sedekad yang lalu, saya sebenarnya pernah menaruh hati kepada model E39 ini termasuk abangnya E34. Semuanya kerana pengaruh rakan sebaya, selain melihat ia sebagai sebuah sedan mewah yang sangat menarik.

Apa yang pasti, harganya ketika itu taklah murah macam sekarang. Loan pun tak tinggi mana. Akibat faktor luar jangka, hasrat untuk memilikinya terpaksa dibatal begitu saja.

Tergolong dalam keluarga BMW 5 Series, E39 hanya boleh didapati dalam platform sedan dan wagon. Sepanjang 9 tahun pengeluaran antara tahun 1995 hingga 2004, ia sentiasa ditambah baik termasuk penggunaan enjin yang pelbagai.

BACA: MERCEDES 190E ENJIN RB

Pening jugak nak bezakan model yang ada. Paling mengujakan pastinya model M5, yang menjadi rujukan tertinggi buat pemilik model lain.

Esyam antara pemilik E39, yang masih menyimpan kereta ini sebagai jentera mainannya. Nak jual sayang, kenangan mengusik jiwa pun banyak. Dari biar berselimut tanpa kasih sayang, ia diberi nafas baru untuk menggeletek naluri kelajuan.

Dari segi luaran, rupanya sebagai sedan eksekutif masih dikekalkan menerusi penggunaan kit badan M5. Memang gitu pun caranya, baru enak dipandang mata. Kemudian ditambah beberapa komponen lain seperti hood karbon fiber kustom, lip karbon Hamann, serta spoiler belakang dari AC Schnitzer.

Bahagian roda menampilkan rim Rotiform berukuran 19 inci, yang dibalut pada tayar nipis Achilles dari saiz berbeza. Biasalah kereta RWD, dah tentu yang belakangnya lagi lebar. Di sebalik roda depan tersemat set brek 6-pot AP Racing, yang sangat membantu kuasa hentian. Memastikan keseimbangan antara rupa dan pengendalian, sistem gantungan diperkemas semula mengunakan set suspensi boleh laras kustom.

Masalah membela kereta lama berdarah Eropah seperti ini adalah, kondisi enjinnya yang tak berapa nak harap. Selepas sekian lama digunakan, mesti macam-macam penyakit yang datang.

Sana retak, sini bocor, menyebabkan kos balik pulihnya langsung tak berbaloi dengan nilai semasa. Bosan melayan kisah yang sama, Esyam nekad menggantikan enjin asal dengan enjin 2JZ-GTE yang lebih dipercayai. Baru tak ganggu kawan tow truck nak tidur malam…

Seperti diketahui ramai, 2JZ-GTE mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan. Ia mampu menerima desakan yang serius, walaupun tanpa perubahan di bahagian dalam. Bagi enjin ini, peningkatan yang dilakukan tertumpu kepada sistem pendesak, untuk meledakkan kuasanya tanpa segan silu.

Simpulan turbo berkembar asal telah dimatikan dan diganti dengan setup turbo tunggal Garrett GT35. Ia disangkut pada manifold turbo kustom yang turut memegang sebuah wastegate Turbosmart 45mm.

Sebaik dimampatkan, tekanan  boost yang terbentuk akan disejukkan oleh intercooler Blitz bersama paip sambungan kustom. Lebihan boost yang tidak digunakan, kemudiannya dilepas keluar menerusi injap pelepas Works Engineering. Sebagai pemudah cara, perjalanan enjin baru ini telah ditala semula menggunakan unit piggyback GReddy e-Manage.

Bahagian dalam menampilkan komponen milik M5 di bahagian tempat duduk, termasuk stereng dari pakej M Sport. Untuk tampak lebih mewah, hampir semua komponen penting bahagian ini telah dibalut semula menggunakan material kulit dan alcantara.

Satu-satunya komponen asing yang boleh dikesan adalah, kehadiran meter boost GReddy untuk tujuan pemantauan.

Agaknya apa jadi kalau gua mampu pakai kereta ni suatu ketika dulu. Serender awal? Sama terjebak macam Esyam? Atau mungkin dah jadi YB sekarang nih…

BACA: BMW, JAPAN POWER!

 

Spesifikasi

Pemilik                        Esyam

Pengeluar                    BMW

Model                          E39 528i

Tahun                          1996

Enjin asal                    M52B28

Modifikasi Enjin         2JZ-GTE VVTi, penapis udara Simota, turbo Garrett GT35, manifold turbo kustom, wastegate Turbosmart 45mm, intercooler Blitz, paip intercooler kustom, injap pelepas Works Engineering, pam petrol Epman 340, GReddy e-Manage

Transmisi                    Automatik

Ekzos                          Paip kustom, perendam bunyi Remus

Luaran                         Kit badan M5, hood karbon fiber kustom, lip karbon Hamann, spoiler belakang AC Schnitzer

Suspensi                      Kustom

Brek                            AP Racing 6-pot (depan)

Rim & Tayar               Rotiform 19-inci & Achilles 235/35ZR-19 (depan), 275/30ZR-19 (belakang)

Dalaman                      Tempat duduk M5, stereng M Sport, balutan kulit & alcantara, meter boost GReddy

Bengkel                       KKP Auto Service, Shah Alam

-PAK MAUN-

KREDIT: KAKIKERETA.COM

GALERI

 

Tags
Google ads
Back to top button