Buletin

30 KLUSTER RENTAS NEGERI DIKESAN SEJAK DISEMBER. JANGAN JADI MANUSIA PENTING DIRI SENDIRI!!!

Sebanyak 30 kluster rentas negeri dikesan berdasarkan rekod bermula 7 Disember lalu.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Kelantan mencatatkan kluster rentas negeri tertinggi sebanyak lapan kluster, diikuti Pahang sebanyak tujuh kluster dan Terengganu dengan lima kluster.

“Kluster rentas negeri dilaporkan di Kelantan iaitu Kluster Seragam Chepa, Alor Durian, Wakaf Lanas, Kampung Renok, Kampung Geting, Kampung Badak, Taman Kesedar dan Pondok Hidayah.

“Seterusnya, Pahang dengan Kluster Inten, Semambu, Tembok Mempaga, Rantau Lada, Bukit Gelugor, Samwill Luit dan Kampung Bukit Lada.

“Terengganu pula terdiri daripada Kluster Mengkuang, Palut, Kampung Bukit Biah, Kampung Guntong Luar dan Tembok Bukit Besi,” katanya.

Pada masa sama, Perak melaporkan Kluster Ehsan Ibol, Lumut Barat dan Intan Mas manakala, Sarawak membabitkan Kluster Bah Sayap, Pasai dan Jelita.

Kluster rentas negeri di Negeri Sembilan pula melibatkan Kluster Sungai Ibor dan Intan Delima, di Kedah dengan Kluster Orion manakala di Labuan membabitkan Kluster Jalan Mohammed Salleh.Negeri-negeri asal bagi kluster tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Kesemua 30 kluster rentas negeri itu mencatatkan sebanyak 3,231 kes positif Covid-19. -Kosmo!

Google ads
Back to top button