Buletin

MUSK ALIH FOKUS KE TWITTER, SAHAM TESLA JATUH 13 PERATUS. CATAT KERUGIAN RM348 BILION

Sejak fokus Elon Musk beralih kepada Twitter, saham Tesla telah jatuh sebanyak lima peratus iaitu paras terendah sejak Mei tahun 2021.

Pastinya Elon Musk sedang sibuk memikirkan pelbagai isu mengenai Twitter yang dibelinya pada bulan lalu, terutamanya apabila begitu banyak syarikat pengiklan mula memberhentikan pengiklanan mereka di platfrom tersebut. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan Musk dan Twitter menanggung kerugian lebih besar.

Namun seperti sudah jatuh ditimpa tangga, situasi seakan-akan tidak terkawal. Saham Tesla mengalami penurunan sebanyak tiga peratus dan turun lima peratus pada hari sebelumnya.

Ini merupakan penurunan berturut-turut selama 3 hari. Secara keseluruhannya, saham Tesla telah jatuh sebanyak 13 peratus, dengan mencatat kerugian sebanyak AS$75 bilion (RM348 bilion).

Menurut Gene Munster daripada firma Loup Ventures, kerugian yang semakin meningkat di Twitter boleh memaksa Musk untuk menjual lebih banyak pegangannya di Tesla.

“Mereka mempunyai masa sebulan untuk meminta orang ramai menetapkan semula produk mereka selain meminta pengiklan memahami apa itu penyederhanaan kandungan mereka. Jika masalah itu masih tidak selesai secepat mungkin, dia perlu menjual saham Tesla pada April tahun depan,” kata Munster kepada CNBC.

Sementara itu, pelabur Tesla, Gary Black dari Future Fund ETF menganggap Tesla sebagai pegangan terbesarnya tidak gembira dengan perhatian Musk kepada Twitter. Dia juga tidak gembira dengan laporan beberapa pekerja Tesla membantu Musk melakukan perubahan di media sosial berkenaan.

Terdahulu, Tesla menyaksikan sahamnya turun ke paras rendah iaitu AS$186.75 (RM867) seunit. Jika harga saham berada di bawah AS$200 (RM928.40), ini menggambarkan penurunan akan terus berlaku pada masa hadapan.

Google ads
Back to top button