Artikel Pilihan

LEXUS UX 300e, 450KM UNTUK SATU PENGECASAN PENUH. BOLEH DIPANDU LAGI JAUH

Lexus telah mengemaskini barisan model mereka utuk tahun 2023 di Eropah dengan memperkenalkan pelbagai ciri naiktaraf terbaru, teknologi baru dan paling ketara ialah model UX300e yang menerima teknologi bateri ion lithium yang lebih bagus.

Model UX300e ini menerima pek bateri yang 40% lebih berkuasa dengan pemandu boleh melakukan perjalanan sejauh 450km mengikut ujian protokol WLTP apabila dipasang rim bersaiz 17 inci. Jika pembeli memilih rim 18 inci, jarak perjalanan ini akan berkurang kepada 440km.

Bateri baru yang dipasang pada UX300e menawarkan kuasa sehingga 72.8kWh berbanding dengan pek bateri lama 54.3kWh sahaja. Lexus masih mengekalkan motor elektrik yang menjana 201 kuasa kuda dan 300Nm tork pada model SUV ini.

Selain daripada bateri yang lebih besar, Lexus turut membaiki pengendalian UX300e dengan menala semula sistem stering bantuan kuasa elektrik, penyerap hentak talaan Yamaha di bahagian belakang dan menambah bilangan spot welding pada cesi bagi memberikan ketegaran tambahan yang akan menghasilkan pemanduan yang lebih tajam di selekoh

2019.07.23

Paparan unit multimedia 8 digantikan dengan skrin 12 inci dengan sambungan telefon pintar Apple Car Play dan juga Android Auto tanpa menggunakan wayar. Sistem ini juga menawarkan sistem navigasi yang berasaskan sistem Cloud.

Dalam aspek keselamatan, model UX 300e terbaru ini juga dilengkapkan dengan Lexus Safety Driver System+ dengan kamera yang dinaiktaraf dan juga sistem radar yang berupaya mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu malam

Lexus UX300e memerlukan masa sehingga 9 jam jika dicaj dengan menggunakan wallbox 7kWh atau jika menggunakan pengecasan pantas DC, ia hanya mengambil masa 80 minit sahaja dengan menggunakan pengecaj 50kW

Google ads
Back to top button