Buletin

ELON MUSK BERI BAYANGAN MASUK PASARAN INDIA TAHUN HADAPAN

Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk memberi bayangan jenama berkenaan bakal memasuki pasaran automotif India pada tahun hadapan.

Musk menjawab ciapan gambar baju-T yang dimuat naik dalam Twitter oleh Kelab Tesla India yang menampilkan India Mahukan Tesla (India wants Tesla) dan India simbol hati Tesla.

Jawapan beliau ringkas yeah sebelum menambah Tahun hadapan pasti (Next year for sure) dan Terima kasih kerana menunggu (Thanks for waiting).

Menurut Reuters, jika ia berlaku pada tahun hadapan, kemasukan Tesla bertepatan pada masa Perdana Menteri India Narendra Modi dalam memperkasa penggunaan dan pengeluaran kenderaan elektrik.

Pasaran kenderaan India merasakan kesan pandemik Covid-19 setelah mencatat permintaan perlahan dalam jualan pada tahun lalu.

Pengeluar kereta negara berkenaan memerlukan sokongan kerajaan dalam meningkatkan jualan kenderaan.

Kerajaan India sedang mempersiapkan berdepan lonjakan mobiliti elektrik dengan menawarkan insentif sebanyak AS$4.6 bilion (RM19 bilion) kepada syarikat-syarikat yang membangunkan kemudahan pembuatan bateri bagi kenderaan elektrik (EV) secara tempatan.

Dengan langkah tersebut, India dapat mengurangkan bil import sebanyak AS$40 bilion (RM166 bilion) pada tahun 2030 jika EV diterima pakai secara meluas di negara terbabit.

Ia bakal menyaksikan India mengekalkan cukai import 5 peratus untuk jenis bateri termasuk bateri elektrik sehingga tahun 2022 sekali gus dapat meningkatkan cukai sebanyak 15 peratus dalam mendorong pembuatan tempatan. – carscoops.

Google ads
Back to top button