
HONDA SAHKAN KEMATIAN KE-17 AKIBAT INFLATOR BEG UDARA
Honda Motor Co. mengesahkan kematian mangsa ke-17 yang disebabkan kerosakan inflator beg udara Takata.
Pembuat kenderaan Jepun itu memaklumkan perkara tersebut setelah pemeriksaan dijalankan bersama Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional Amerika Syarikat (NHTSA) mengesahkan berlaku kerosakan pada inflator beg udara hingga menjadi punca kemalangan ke atas pemandu Honda Civic 2002 pada 20 Ogos lalu.
Kecacatan yang berlaku dalam keadaan jarang berlaku sehingga pengembung beg udara pecah dan mengakibatkan serpihan logam berterbangan.
Kes itu mengakibatkan panggilan semula besar-besaran dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) selepas 15 kematian pada kenderaan Honda dan dua Ford Motor Co FN sejak 2009.
Sebanyak lebih 290 kecederaan direkodkan berkaitan inflator Takata yang rosaj dan sekurang-kurangnya 26 kematian di seluruh dunia. – agensi.
- BACA: HONDA DAN MITSUBISHI BELI SEMULA 42K UNIT KERETA KERANA MASALAH BEG UDARA TAKATA
- BACA: HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 23,476 UNIT KENDERAAN, GANTI INFLATOR BEG UDARA TAKATA
- BACA: SUT PERLUMBAAN MOTO GP DENGAN TEKNOLOGI BEG UDARA, SELAMATKAN NYAWA
- BACA: DARI BILIK PAMERAN TERUS KE DINDING. PEMILIK BAHARU KIA CARNIVAL UJI BEG UDARA SECARA ‘LIVE’