Buletin

ELON MUSK CIPTA REKOD INDIVU ‘KEHILANGAN HARTA PERIBADI TERBESAR DALAM SEJARAH’

Elon Musk memulakan tahun 2023 dengan memecah rekod dunia apabila Guinness World Records mengiktirafkannya sebagai individu yang ‘kehilangan harta peribadi terbesar dalam sejarah.’

Forbes baru-baru ini menganggarkan nilai bersih Musk telah menjunam sebanyak AS$183 bilion (RM797 bilion) dalam masa lebih setahun, manakala Bloomberg meletakkan anggaran nilai bersih pada AS$144.4 bilion (RM628 bilion).

Sebelum Elon Musk, rekod tersebut dipegang oleh pengasas dan CEO Softbank Masayoshi Son pada tahun 2000, dengan nilai bersih kekayaan menjunam sebanyak AS$58.6 bilion (RM255 bilion).

Untuk rekod, pada November 2021, kekayaan Musk mencapai AS$340 bilion (RM1.4 trilion), menurut anggaran Bloomberg.

Namun, punca Musk terpaksa menanggung kerugian adalah berikutan saham Tesla yang jatuh sebanyak 65 peratus pada tahun lalu.

Selain itu, punca kejatuhan drastik juga terkait dengan pembelian Twitter oleh Musk pada Oktober 2022.

Akibatnya, Musk kini bukan lagi orang terkaya di dunia. Gelaran tersebut kini dipegang oleh Bernard Arnault, ketua syarikat Perancis yang memiliki Louis Vuitton.

Google ads
Back to top button