Artikel Pilihan

ENJIN 3 SILINDER YANG BERKUASA, SUPERCAR PUN GUNA.

Bila sebut pasal enjin 3 silinder, komen pertama yang kami dapat ialah gegaran. Tapi teknologi 80an tak sama dengan teknologi yang ada sekarang. Pandu uji penulis dengan Nissan Almera terbaru membuktikan gegaran yang ada sama sahaja dengan enjin 4 silinder yang biasa. Cagak enjin yang digunakan oleh enjin moden sekarang sudah bertambah baik berbanding dulu.

Komen kedua ialah enjin 3 silinder tak cukup berkuasa, tapi penulis membuktikan dengan Axia sahaja penulis mampu mengejar kereta lain di laluan Grik-Jeli, hanya terpaksa mengalah kepada Volkswagen. Boleh tahan juga enjin 3 silinder Axia ini walaupun hanya ada 65 kuasa kuda sahaja. Tapi dah banyak enjin 3 silinder yang dihasilkan dan senaraikan enjin 3 silinder terbaru yang berkuasa.

1. Koenigsegg Gemera – Gemera hanya dibekalkan dengan enjin 3 silinder dengan lejang bersaiz 93.5mm dan diameter silinder 95mm. Jumlah sesaran enjin ini hanyalah 2000cc sahaja. Nisbah mampatan ditetapkan pada 9.5:1. Enjin ini lengkap dengan 2 turbo, sistem pancitan bahan api terus dan sistem freevalve, membolehkan enjin ini beroperasi dengan Kitaran Miller . Kuasa yang dihasilkan ialah 600bHp pada 7500 RPM, dan 600Nm tork dari 2000-7000 RPM

2. Toyota GR Yaris – dilengkapkan dengan enjin G16E-GTS merupakan enjin 3 silinder DOHC 12 injap lengkap dengan sistem turbo. Enjin ini memiliki nisbah mampatan 10.5:1, sistem pancitan bahan api berkembar (suntikan bahan api terus + MPI), dan piston sejukan pancitan minyak enjin. Enjin ini merupakan unit homologasi dari perlumbaan World Rally Championship

Ia menghasilkan 268 kuasa kuda dan 370Nm tork antara 3000-4600 RPM, atau 166 kuasa kuda bagi setiap 1000cc, lebih berkuasa dari enjin 1500cc 3 silinder milik BMW

3. Ford Focus 1.5 – menggunakan enjin 3 silinder Ecoboost 1500cc Dragon merupakan variasi daripada enjin 1000cc 3 silinder yang dipasang pada Fiesta. Namun enjin ini menggunakan timing chain, blok dan kepala silinder dibina daripada aluminium, menggabungkan sistem suntikan (TGDi+MPI), sistem pemasaan injap Ti-VCT serta dipadankan dengan teknologi nyahaktif silinder bagi membolehkannya beroperasi dengan 2 silinder sahaja jika memandu santai.

Sama seperti enjin yang lain, ia menggunakan turbo inertia rendah bagi menghalang masalah turbo-lag. Bergantung pada aplikasi, enjin ini menghasilkan 150 kuasa kuda, 180 kuasa kuda atau bagi varian tertinggi ia menghasilkan 207 kuasa kuda dan 300Nm tork

4. BMW i8 – merupakan kereta sport hybrid buatan BWM yang dipadankan dengan enjin 1500cc 3 silinder yang diadaptasikan dari enjin 3000cc 6 silinder. Apa yang BMW buat ialah memotong 3 silinder enjin 3000cc menghasilkan enjin 3 silinder 1500cc.

Walaupun kecil, enjin ini lengkap dengan teknologi pemasaan injap Double VANOS, nisbah mampatan 11:1, dan sistem turbo yang ringan. Enjin B38K15T0 ini menghasilkan 228 kuasa kuda dan 320Nm tork pada 3700 RPM.

5. Volvo XC40 T3 – merupakan varian yang datang dengan enjin paling kecil iaitu 3 silinder 1500cc namun ia lengkap dengan sistem pemasaan injap berkembar, suntikan bahan api terus, sistem turbo dan beberapa teknologi tambahan bagi memastikan enjin ini lancar. Enjin ini dibangunkan dengan kerjasama antara Volvo dan juga Geely.

Bagi aplikasi pada Volvo XC40, ia menghasilkan 156 kuasa kuda dan 265Nm tork bagi mematuhi regulasi pencemaran Euro6. Bagi aplikasi X50, ia menghasilkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork. Ketika dibangunkan jurutera Volvo merancang untuk memadankan enjin ini dengan teknologi hibrid dan juga plug in hibrid. Enjin yang kompak memberikan kelebihan untuk pemasangan sistem hibrid dalam ruang enjin.

6. Peugeot 208 PureTech- enjin ini memenangi anugerah Engine of The Year pada tahun 2015, 2016 dan 2017 bagi kategori enjin kecil. Enjin 3 silinder 1200cc ini dipadankan dengan teknologi suntikan bahan api terus, turbo dan penggunaan petrol adalah sekitar 22.22km bagi setiap liter. Unit ini direka untuk penggunaan petrol yang minima.

Bagi model 308, ia menghasilkan 130 kuasa kuda dan 230Nm tork pada 1750 RPM. Walaupun nampak kecil, ia mampu membekalkan kuasa yang cukup bagi model 308 untuk pecutan 0-100 dalam masa 9.6 saat dan mencapai halaju maksima 200km/j

7. Ferrari F134 2T – merupakan enjin eksperimen milik Ferrari yang dibangunkan dengan menggunakan rekaan 3 silinder tapi memiliki 1346cc sahaja. Tapi enjin ini menggunakan aplikasi 2 lejang dan juga turbo bagi menghasilkan 130 kuasa kuda. Namun enjin ini tidak dipasang pada mana-mana model Ferrari tapi kekal sebagai enjin bagi menguji idea jurutera Ferrari

8. Nissan ZEOD RC- merupakan sebuah kereta perlumbaan protaip yang dibangunkan khas untuk perlumbaan lasak 24 jam Le Mans dalam kategori LMP1. Kereta ini menggunakan enjin 1500cc 3 silinder yang digabungkan dengan teknologi hibrid.

Apa yang menakjubkan berkenaan enjin ini ialah ia hanya seberat 40kg sahaja, namun berupaya menghasilkan 400 kuasa kuda pada 7500RPM dan juga 380Nm tork. Selepas 12 pusingan, kereta ini mampu berlumba dengan hanya menggunakan kuasa elektrik sahaja bagi mengurangkan kebergantungan pada enjin.

Google ads
Back to top button