Buletin

ELON MUSK GELAR UJIAN SARINGAN COVID-19 ‘BOGUS’. 4 UJIAN PADA HARI SAMA, 2 POSITIF, 2 NEGATIF!!!

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memaklumkan kepada pengikut Twitternya ada sesuatu yang tidak kena selepas ujian saringan Covid-19 yang dilakukan memperoleh keputusan positif dan negatif pada hari sama.

Musk diuji sebanyak empat kali, dua ujian positif manakal dua lagi negatif.

Dia turut memberitahu telah menjalani ujian, mesin dan jururawat yang sama dalam saringan berkenaan.

Bagaimanapun, ciapan tersebut dihujani komen mengatakan ia tidak bertanggungjawab apatah lagi apabila dia belum menerima keputusan ujian Polymerase chain reaction (PCR). Ia merupakan ujian paling tepat berbanding Antigen.

Dalam ciapan berasingan, Musk memberitahu bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya terjadi kepada orang lain.

Berikutan itu, terdapat kenaikan ini dengan orang yang didiagnosis dengan Covid-19.

Dia berkata bahawa hasil ujian yang tidak menentu kemungkinan merupakan skim pendapatan.

Bos Tesla pernah mengatakan bahawa tidak akan ada kes baharu di Amerika Syarikat (AS) pada akhir April apabila mengembara ke Jerman dan Sweden baru-baru ini.

Ia jelas sekali ramalan berkenaan meleset sama sekali.

Dia membuat kenyataan tersebut pada bulan Mac lalu, berdasarkan trend semasa seperti dilaporkan Electrek.

Apa pun yang berlaku, masyarakat perlu berhati-hati dalam situasi Covid-19 dan perlu menjalani ujian PCR sekiranya mempuyai gejala.  – carscoops.

Google ads
Back to top button