BuletinMotosikal

ENJIN BAHARU DUCATI, V4 GRANTURISMO 170HP 125NM

Satu daripada identiti motosikal keluaran Ducati selain reka bentuk ialah enjin yang mempunyai inovasi tersendiri. Ducati sekarang ini berada di dalam era enjin V4 dan terbaru pengeluar dari Itali itu memperkenalkan enjin V4 Granturismo yang bakal digunakan pada Ducati Multistrada generasi baharu.

Di antara ciri enjin baharu tersebut ialah kompak, ringan, berprestasi tinggi dan mempunyai daya kilas tinggi yang diperlukan di dalam adventouring tanpa mengabaikan karakter emosi dan sporti.

Satu lagi ciri menarik pada V4 Granturismo ialah selang jarak penyelenggaraan sehingga 60,000 km bagi pemeriksaan injap.

Dari segi kuasa, V4 Granturismo mempunyai output 170hp pada 10,500 rpm dan tork maksimum 125 Nm pada 8,750 rpm.  

Berat enjin 1,158 cc itu ialah 66.7 kg atau 1.2 kilogram lebih ringan berbanding Testastretta dua silinder (L-twin) yang digunakan pada Multistrada sebelum ini.

Juga berbeza dengan enjin terdahulu ialah saiznya yang kompak iaitu 85mm lebih pendek, 95mm lebih rendah dan 20mm lebih lebar.

Saiz tersebut membolehkan jurutera Ducati menempatkan enjin di dalam rangka dengan lebih efektif dan ke tengah seterusnya mempengaruhi kedudukan pusat graviti motosikal. 

V4 Granturismo turut membawakan elemen daripada pengalaman perlumbaan Ducati seperti penggunaan aci engkol jenis lawan-putaran (counter-rotating). 

Satu lagi ciri menarik ialah penggunaan teknologi nyahaktif silinder bahagian belakang ketika melahu.

Apabila motosikal berada di dalam keadaan statik, proses pembakaran di dalam silinder dihentikan dan seterusnya mengurangkan tahap kepanasan yang dilepaskan oleh silinder belakang dan memperbaiki tahap keselesaan penunggang dan pembonceng selain mengurangkan penggunaan minyak.

Berikut ialah ciri teknikal utama V4 Granturismo:

  • Enjin 1158 cc 4 silinder 90° V 
  • Bore x stroke 83 x 53.5 mm
  • Nisbah mampatan 14:1
  • Kuasa maksimum 170 hp pada 10,500 rpm
  • Tork maksimum 125 Nm pada 8,750 rpm
  • Homologasi Euro 5
  • Enam kelajuan dengan Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down System
  • Selang jarak 60,000 km untuk pemeriksaan penyelenggaraan injap  

BACA: BASIKAL LIPAT DUCATI, MACAM RANGKA MOTOR BESAR!

BACA: INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NOMBOR 1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH

BACA: DUCATI PANIGALE SUPERBIKE TERLARIS DUNIA 2019!

Google ads
Back to top button