BuletinMotosikal

INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH

Pada 26 Jun 2020 telah berlangsung satu majlis istimewa iaitu penyerahan Ducati Superleggera V4 nombor 001/500 kepada pemiliknya, Filip Van Schil dari Belgium.

Beliau adalah Ducatista sejati dan telah memiliki sembilan buah motosikal Ducati.

Filip Van Schil menerima motosikalnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali di Pusat Reka Bentuk Ducati di Borgo Panigale, Bologna, Itali.

Beliau juga diberi peluang untuk sesi lawatan kilang dan melihat barisan pengeluaran (production line) dengan dekat dan bagaimana motosikalnya dipasang dan juga bertemu pekerja khas yang membina enjinnya.

Filip Van Schil turut dibawa melawat muzium Ducati, pusat reka bentuk Ducati dan jabatan perlumbaan.

Sebagai pemilik Superleggera V4, beliau bersama yang lain akan diberi peluang untuk menguji Panigale V4 R yang digunakan di dalam Kejuaraan Dunia SBK di litar Mugello iaitu sebahagian daripada program Superbike Experience.

Berikut lagi keistimewaan yang diberikan kepada pemilik Ducati Superleggera V4:

  • Sijil keaslian dan motosikal diletakkan di dalam peti kayu (crate) dengan grafik khas yang dibina khusus untuk pengangkutan motosikal ini.
  • Model skala 1:10 Superleggera V4 dengan nombor siri sama seperti motosikal.
  • Peluang untuk penyesuaian (customize) sut kulit SuMisura Ducati Superleggera V4 dengan beg keselamatan (air bag) dan topi keledar karbon dengan skema warna dan grafik sama.
  • 30 pemilik ditawarkan pembelian pakej MotoGP Experience untuk peluang menunggang Desmosedici GP (motosikal lumba) di litar dan diikuti oleh juruteknik Ducati Corse.

Berikut pula di antara ciri utama Ducati Superleggera V4:

  • Satu-satunya motosikal di dunia yang lulus untuk kegunaan jalan raya dengan rangka (frame), sub-rangka, lengan ayun dan roda daripada gentian karbon.
  • Penggunaan komponen tersebut mengurangkan berat sebanyak 6.7 kg berbanding Panigale V4 2020.
  • Berat enjin 998 cc 90° Superleggera V4 2.8 kg lebih ringan berbanding 1,103 cc V4. 
  • Kit perlumbaan dengan ekzos perlumbaan titanium Akrapovič, kit pengganti lampu, slider titanium, kit pengganti tongkat sisi, Ducati Data Analyzer + GPS (DDA + GPS), pengecas bateri dan pelbagai lagi komponen tambahan.

  • Penggunaan ekzos Akrapovič menghasilkan 224 hp (nilai homologasi EU) dalam spesifikasi jalan raya dan meningkat 234 hp dengan menggunakan ekzos Akrapovič titanium yang dibekalkan bersama kit perlumbaan.
  • Biplane aerodinamik atau sayap yang diinspirasi daripada motosikal MotoGP Ducati 2016. Mempunyai daya mendap (downforce) 50 kg pada kelajuan 270 km/j.
  • Daya itu 20 kg lebih tinggi berbanding sayap pada Panigale V4 2020 dan V4R.
  • Daya tersebut mengurangkan kecenderungan untuk melompat (wheelie) dan meningkatkan kestabilan pembrekan.
  • Paparan Race GP pada dashboard.
  • Koordinat garisan penamat litar Laguna Seca, Mugello, Jerez, Sepang dan Losail.

BACA: MOTOSIKAL TURBO 180 HP! AMB 001 DARIPADA ASTON MARTIN DAN BROUGH SUPERIOR

BACA: LAZARETH LM 410 – MOTOSIKAL 4 RODA, GUNA ENJIN YAMAHA R1, RM452,500 SEUNIT

BACA: HONDA BENLY e: Series – BUAT HANTAR SURAT KHABAR DI JEPUN

Google ads
Back to top button