BASIKAL LIPAT DUCATI, MACAM RANGKA MOTOR BESAR!
Rupa-rupanya Ducati mempunyai tawaran koleksi basikal yang pelbagai, jika sebelum ini e-Scrambler sekarang giliran tiga basikal lipat dengan bantuan pedal atau kuasa bateri.
Basikal lipat tersebut merupakan projek kerjasama di antara Ducati dan MT Distribution selaku pemegang lesen dan rakan komersial dan sebelum ini kedua-dua syarikat bekerjasama dalam mengeluarkan skuter elektrik.Â
Tiga basikal tersebut ialah Urban-E di bawah jenama Ducati dengan SCR-E dan SCR-E Sport khusus di bawah Ducati Scrambler.
Apa yang menarik mengenai Urban-E ialah reka bentuknya di mana para pereka Ducati bekerjasama dengan studio terkenal Italdesign.
Ducati Urban-E
Basikal lipat Urban-E ini mempunyai reka bentuk unik dan gaya tersendiri.
Urban-E dibina dari rangka aluminium khas dengan sistem lipatan dan kuncian mudah yang direka oleh pereka Centre Stile Ducati dengan kerjasama bahagian Reka Bentuk Industri Italdesign.
Bar hendal mempunyai paparan LCD bersepadu penuh pada stem untuk penunggang mengawal kesemua fungsi bantuan, memeriksa baki kuasa bateri dan menghidupkan lampu LED serta mematikannya.
Bateri yang dibekalkan mempunyai kapasiti 378 Wh dan dipasang pada rangka yang membentuk elemen rekaan gaya basikal itu sendiri. Ia mengingatkan tangki motosikal Ducati berwarna merah dan bentuknya yang melengkung,
Tayar yang digunakan bersaiz tebal, 20 inci x 4 inci dengan teknologi Kevlar anti bocor yang dipadan bersama roda aluminium dua dinding (double wall).Â
Kelajuan maksimum basikal lipat ini 25 km/j manakala berat keseluruhan termasuk bateri ialah 20 kg.
Ducati SCR-E
Basikal ini satu dari siri yang dijenamakan di bawah Ducati Scrambler. Ia dilengkapi bateri 374.4 Wh yang mampu digunakan sejauh 70 km dengan cas penuh.
Masa pengecasan yang diperlukan ialah empat atau enam jam manakala kelajuan maksimum boleh mencecah 25 km/j.
Rangka diperbuat dari aluminium dan mudah serta cepat untuk dilipat. Lampu belakang dipasang pada batang kerusi untuk penampilan yang kemas dan menarik.
Paparan LCD dari generasi terbaru dan mempunyai sensor fajar-senja bagi menghidupkan dan mematikan lampu secara automatik dan mempunyai pengesanan suhu luaran.
Tayar yang digunakan juga bersaiz tebal 20 inci x 4 inci dengan berat keseluruhan 24 kg. Â
Ducati SCR-E SPORT
Ini satu lagi basikal di bawah jenama Ducati Scrambler dan siri SCR-E paling sporti. Ini adalah basikal suspensi penuh dengan dua penyerap hentak, perhatikan bagaimana suspensi belakang kemas diantara rangka basikal.
Bateri yang digunakan mempunyai kapasiti 468 Wh dan boleh digunakan sehingga 80 km.
Ciri tempoh pengecasan dan kelajuan sama seperti SCR-E iaitu empat atau enam jam dengan kelajuan maksimum mencecah 25 km/j.
SCR-E SPORT menggunakan roda aluminium jenis tunggal (single wall) dan tayar basikal jalan raya (road) untuk penampilan sporti.
Berat keseluruhan basikal ini ialah 25 kg.
Praktikal dan senang dibawa
Memiliki basikal lipat satu pilihan yang baik memandangkan ia mudah untuk dibawa ke pelbagai destinasi.
Lipatan basikal yang menjadikannya lebih kecil menyumbang kepada faktor tersebut dan anda boleh menyimpannya ke dalam but kereta dan bawa ke pejabat atau destinasi yang difikir sesuai.
Sebelum dan selepas itu boleh singgah mengayuh dulu. Bawa balik kampung pun okay!
Berkenaan harga, ia masih belum didedahkan cuma berdasarkan spesifikasi dan teknologi bateri, ini bukan basikal biasa-biasa.
BACA:Â INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH
BACA:Â MOTOSIKAL TURBO 180 HP! AMB 001 DARIPADA ASTON MARTIN DAN BROUGH SUPERIOR
BACA: HONDA BENLY e: Series – BUAT HANTAR SURAT KHABAR DI JEPUN
Ducati SCR-E
Ducati SCR-E SPORT