Buletin

VALENTINO ROSSI POSITIF COVID-19. KECEWA TERLEPAS AKSI MOTOGP ARAGON

Juara dunia tujuh kali MotoGP Valentino Rossi disahkan positif Covid-19 sekali gus terlepas Grand Prix Aragon hujung minggu ini.

Pelumba 41 tahun itu pulang ke Tavuillia, Itali selepas perlumbaan MotoGP Perancis dan menjalani sebanyak dua kali ujian Covid-19 apabila berasa tidak berapa sihat.

Rossi berkata dia juga akan terlepas Grand Prix Teruel di litar sama di Sepanyol minggu depan.

“Pagi ini saya bangun dan rasa tidak sihat. Tulang-tulang saya sakit dan saya demam, jadi saya memanggil doktor yang menguji saya dua kali.

“Keputusan ujian pantas PCR adalah negatif, sama seperti ujian saya jalankan pada Selasa.

“Tetapi ujian kedua, yang keputusannya dihantar kepada saya pada pukul 4 petang hari ini (semalam), positif.

“Saya kecewa kerana terlepas perlumbaan di Aragon,” kata Rossi.

Dia merupakan pelumba MotoGP pertama disahkan positif coronavirus.

Yamaha tidak menyebut pengganti Rossi dalam perlumbaan akan datang tetapi membuka peluang kepada Jorge Lorenzo kembali beraksi pada musim ini – agensi

Google ads
Back to top button