Buletin

JEEP GRAND CHEROKEE, 4 KALI KENA SAMBAR PETIR

Satu rakaman dashcam menunjukkan momen sebuah Jeep Grand Cherokee disambar petir sebanyak empat kali di Waverly, Kansas, Amerika Syarikat (AS).

Melalui klip video itu, kenderaan tersebut sedang menuju persimpangan dalam keadaan ribut petir sebelum disambar petir.

Bukan sekali tetapi sebanyak empat kali!

Sebaik sahaja terkena petir, lampu SUV terbabit terus terpadam kemungkinan disebabkan sistem elektrikal mengalami kerosakan.

Selain itu, kenderaan itu kelihatan secara perlahan-lahan menurun memberi petunjuk bahawa tayar turut meletup akibat insiden berkenaan.

Menurut individu yang memuatnaik video tersebut, terdapat pasangan suami isteri bersama dua anak bawah 2 tahun dan seorang bayi di dalam kenderaan.

Kesemua penumpang di dalam  Jeep Grand Cherokee selamat dalam insiden itu. –carscoops

Google ads
Back to top button