Buletin

KANTOI SCAMMER SEWA 264 KENDERAAN DAN JUAL KEPADA ORANG RAMAI

Kegiatan seorang lelaki yang menyewa dan menjual kenderaan tersebut kepada orang ramai terbongkar apabila pihak polis India menemui 200 kenderaan bernilai kira-kira Rs 4.5 crore (RM2.5 juta).

Menurut laporan cartoq, kenderaan yang dijual telah disewa terlebih dahulu untuk digunakan sebagai teksi.

Sehingga kini, terdapat 264 kenderaan dikesan dicuri dalam kegiatan terbabit.

Pihak polis sedang berusaha mempercepatkan penemuan kenderaan-kenderaan tersebut dan memastikan pemilik asal dapat kembali kenderaan mereka.

Suspek ditahan pada 7 Jun lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan mengenai kegiatan penipuan itu.

Selepas siasatan, pihak polis mengenal pasti para pembeli kenderaan-kenderaan yang dan menemui semula kenderaan curi berkenaan.

Modes operandi suspek menjual kenderaan-kenderaan di pelbagai daerah untuk mengelak penipuan itu terbongkar.

Polis telah menyerahkan sebanyak 22 buah kereta kepada pemilik asal.

Sebanyak 60 permohonan masih menunggu lampu hijau di mahkamah sebelum kenderaan-kenderaan diserahkan kepada mereka. – cartoq

Google ads
Back to top button