Artikel Pilihan

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG FORMULA E

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini Brader Karrager macam berminat pula dengan perlumbaan Formula E ini. Walaupun menghasilkan bunyi yang kurang sedap di dengar, tapi dia punya laju boleh tahan juga. Tak padan dengan bunyi orang kata. Macam pelesit pun iya juga.

BACA : DS VIRGIN RACING DENGAN BARISAN PELUMBA BRITISH BERSEDIA BERSAING DI FORMULA E NEW YORK

BACA : JAGUAR SERTAI FORMULA E

Walaupun miripnya seperti jentera F1, tetapi Formula ini hanya menggunakan kuasa elektrik untuk membawa daripada petak mula sehingga ke petak penamat. Formula E ini telahpun memulakan perlumbaan pertamanya di China pada 13 September 2014. Secara umumnya, ianya ditandingi oleh 10 pasukan dengan dua pemandu bagi merebut kejuaraan kategori pemandu dan juga pembuat. Dan ianya dilangsungkan di litar-litar jalanan kebanyakkan bandar besar. Malah Putrajaya juga pernah menjadi tuan rumah untuk dua musim yang pertama.

Walaupun bertanding bagi kategori Pembuat, ianya ada sedikit berbeza seperti F1. Ini kerana chasis dan baterinya telah pun dibekalkan sedari awal lagi oleh Spark Racing Technology yang mana sebanyak 42 unit jentera telahpun dipesan bagi kegunaan pasukan yang bertanding pasa musim pertama perlumbaan. Dengan unit motornya direka oleh McLaren, dianggarkan setiap jentera mempunyai kuasa sekitar 200kw (270 hp) dan hanya memerlukan 3 saat sahaja dari titik pegun untuk mencecah sehingga ke 100km/j. Hah, kan Brader dah bilang. Laju serupa pelesit.

Bagi merancakkan lagi persaingan, bermula musim kedua pasukan pembuat dibenarkan untuk mereka sendiri motor elektrik, inverter, kotak gear dan sistem penyejukan sendiri. Antara pasukan yang membina sendiri powertrain mereka seperti DS Virgin Racing dan juga NextEV Formula E Team.

Untuk tayar pula, ianya dibekalkan oleh Michelin yang bersaiz 18 inci yang sesuai digunakan untuk perlumbaan basah mahupun kering. Manakala untuk Hentian Pit, pemandu wajib untuk berhenti menukar jentera (setiap pemandu akan mempunyai 2 unit) dek kerana limitasi keupayaan bateri. Jenuh juga kalau nak cucuk PowerBank pula nanti kan.

Bagi membuatkan perlumbaan bertambah menarik dan juga sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian peminat, FanBoost diperkenalkan yang mana peminat boleh mengundi atas talian pelumba mereka meninati. Tiga pelumba yang memenangi dibenarkan untuk menggunakan boost ini hanya sekali sahaja dan ianya berupaya untuk memberikan kuasa tambahan sekitar 100kj. Kira memadailah kalau nak memotong di selekoh saat akhir, ia tak?

Tahukah pembaca semua juga bahawa medan Formula E ini juga sebetulnya berupaya untuk menjadi sebagai batu loncatan kepada pelumba muda ataupun berfungsi sebagai talian hayat buat bekas pelumba F1. Antara pelumba muda yang berkaliber Daniel Abt dan juga Alex Lynn. Pembaca juga sudah tentu mengenali barisan bekas pelumba F1 seperti Nick Heidfeld, Lucas di Grassi, Nelson Piquet Jr. dan tak lupa juga pendahulu Formula E musim ketiga ini Sébastien Buemi. Setidaknya, karier perlumbaan satu tempat duduk ini masih punya ruang buat mereka sekali gus menarik perhatian peminat untuk hadir menonton ke litar. Tidaklah sebab hadir tu hanya kerana nak lihat betis sama peha makwe litar, iya tak?

Mazda CX30

Sumber : fiaformulae.com

Tags
Google ads
Back to top button