
EPMB METERAI PERJANJIAN BERSAMA BAIC – BAKAL KELUARKAN MODEL X55II, BJ40, EV DI MELAKA
EP Manufacturing Berhad (EPMB) baru-baru ini memeterai perjanjian Pemasangan Kenderaan utama bersama BAIC International Development Co. Ltd (BAIC).
Untuk rekod, EPMB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BAIC International pada Ogos 2023, membuka jalan kepada perjanjian hari ini.
Di bawah syarat perjanjian itu, EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd akan melaksanakan pemasangan dan pengeluaran kenderaan BAIC, menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan landskap automotif di Malaysia.
Model awal yang dijadualkan untuk pengeluaran adalah termasuk x55ii dan BJ40+, dengan barisan Kenderaan Elektrik (EV), bakal dilancarkan pada 2025.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, BAIC akan menyediakan sokongan teknikal, latihan berkaitan, serta bimbingan, penyeliaan terhadap proses pemasangan dan pembuatan.
EPMB akan bertindak sebagai pemasang kenderaan, memastikan kenderaan BAIC dipasang dengan teliti untuk memenuhi standard kualiti serta prestasi tertinggi.
Sementara, BAIC pula bertanggungjawab ke atas penjualan dan pemasaran kenderaan untuk memaksimumkan penembusan pasaran serta keterlihatan jenama di Asean.
Dengan memanfaatkan kemudahan tercanggih EPMB di Melaka, kerjasama ini bertujuan untuk memenuhi permintaan kenderaan BAIC di rantau Asean dan selanjutnya.
Pakatan sinergistik antara EPMB dan BAIC ini menunjukkan gabungan kepakaran Malaysia dan China dengan peluang pertumbuhan bersama, meletakkan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi penting aktiviti pengeluaran BAIC.
Perkembangan besar ini berlaku beberapa bulan selepas pengumuman kemudahan perintis pembuatan automotif EPMB di Melaka, yang mana akan mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga 30,000 kenderaan setahun.
“Saya teruja melihat momentum positif yang diperoleh syarikat kami dan EPMB sedang mengemudi agenda dengan arah baharu,” kata Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah.
- BACA: KENALI 5 WARNA PAM BAHAN API DI STESEN MINYAK, JANGAN SILAP ISI
- BACA: CONTINENTAL TYRES PERKENALKAN MAXCONTACT MC7 – TERSEDIA DI PASARAN SUKU PERTAMA 2024
- BACA: LAKU KERAS, STOK KEDUA 500 UNIT SYM HUSKY ADV 150 TIBA DI PENGEDAR
- BACA: BMW GROUP DAN RIMAC BEKERJASAMA DALAM TEKNOLOGI BATERI VOLTAN TINGGI!



