,
Buletin

75 BASIKAL ELEKTRIK SELUDUP KENA RAMPAS

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk basikal elektrik (e-bike) yang dimuatkan dalam sebuah kontena berukuran 40 kaki di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Johari Alifiah berkata, pemeriksaan Bahagian Penguatkuasaan JKDM ke atas kontena yang diisytiharkan sebagai kenderaan elektrik import (K4) menemukan 75 unit basikal elektrik dianggarkan bernilai RM112,500 dengan anggaran cukai bernilai RM45,000.

 “Dagangan basikal elektrik diklasifikasikan sebagai dagangan terlarang bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dan tertakluk kepada permit daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa  dan Industri (MITI),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JKDM di Kelana Jaya.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pengimport dan pegawai kastam yang terlibat dalam cubaan menyeludup basikal elektrik tanpa permit itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(A) Akta Kastam 1967. – Bernama

Tags
Google ads
Back to top button