
BHPETROL ANJUR PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAN BALIK KAMPUNG DENGAN SELAMAT
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) baru-baru ini telah menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat di BHPetrol Jalan Kebun, Klang.
Program berkenaan turut mendapat kerjasama rakan strategik Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Program tersebut dihadiri seramai 150 orang daripada pihak pengurusan BHPetrol, Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) JPJ, pengusaha-pengusaha stesen BHPetrol di kawasan Lembah Klang, rakan media, komuniti setempat dan pelanggan-pelanggan BHPetrol.

Program ini merupakan acara tahunan BHPetrol yang bertujuan meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama para pengunjung BHPetrol.
Dengan kerjasama oleh pihak BKJR, para pelanggan turut berpeluang mendapatkan tips keselamatan di jalan raya serta pemeriksaan kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, “Kami percaya usaha ini dapat memberikan satu langkah positif dalam menyokong usaha kerajaan menangani isu-isu keselamatan jalan raya di Malaysia.
“Semoga semua tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Berhati-hati lah di jalan raya, pandu cermat sampai selamat.” katanya.
Sempena musim cuti ini, pelanggan dinasihatkan untuk mengamalkan pemanduan berhemah, menitik beratkan keselamatan diri dan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.
- BACA: EV TERLALU BERAT, PAGAR KESELAMATAN LEBUH RAYA TAK CUKUP KUAT
- BACA: MITSUBISHI XPANDER XFORCE BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TAHUN INI, HARGA SEKITAR RM120K
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK 2024 DILANCARKAN DI THAILAND – LIMA VARIAN, HARGA BERMULA RM80K
- BACA: INILAH CARA BAGAIMANA GRAN TURISMO RAKAM BUNYI KERETA YANG REALISTIK – LAGI BEST DARI LAYAN LAGU K-POP