
PENGHASILAN MITSUBISHI LANCER EVO FINAL EDITION
Sedia maklum bahawa Mitsubibishi akan menamatkan produksi model prestasi terkenalnya, Mitsubishi Evolution.
Jadi, sempena sejarah penting itu, Mitsubishi Motors telah menghasilkan satu video khas penghasilan model Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition.
Klip video itu merangkumi proses pembuatan di kilang Mizushima, Jepun. Di samping temu bual ringkas bersama beberapa orang pekerja di sana. Model ini cukup istimewa kerana alat gantinya diperbuat daripada aluminium, bukannya besi.
Memandangkan Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition bakal menjadi sebuah model ikonik, penghasilannya dilakukan dengan penuh teliti. Kerangka tubuhnya cukup tegar menerusi titik-titik kimpalan. Malah, warna yang dipilih juga mestilah menyerlah.
Berdurasi 6 minit 34 saat, video ini memaparkan bagaimana model ikonik tersebut dihasilkan. Apa yang pasti, Mitsubishi Evo akan dirindui..
Jangan lupa menonton video ini.