Buletin

FERRARI 599 GTB INI DIJUAL PADA HARGA HANYA RM1,037 DI CHINA

Sebuah Ferrari 599 GTB dijual pada harga cuma AS$250 (RM1,037) di China dan ini bukanlah berita palsu. 

Kereta itu kini berada dalam simpanan polis di Dongguan, China selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Supercar tersebut didakwa tidak diinsuranskan dan didaftar apabila disita oleh pihak polis. Ini bermakna ia tidak boleh didaftar atau dipandu di China dan akhirnya terpaksa dijual sebagai besi buruk. 

“Tiada sebarang maklumat diperolehi mengenai kereta ini di Pejabat Pengurusan Kenderaan. Jadi, ia tidak boleh dipindah milik dan dipandu. Kenapa ia sangat murah? Sebab kami menilainya sebagai besi buruk dengan harga AS$327 (RM1,357).

“Kemudian kami beri diskaun sebanyak 30 peratus untuk dilelong,” kata seorang jurucakap daripada Mahkamah Rakyat Dongguan. 

Foto ini jelas menunjukkan Ferrari 599 GTB diselaputi habuk tebal , tetapi enjinnya dikatakan masih baik. Jika bahagian dalaman dan luarannya direstorasi, ia boleh jadi cantik semula.

Jarak perbatuannya bagaimanapun tidak diketahui. Dengan harga sebegini rendah, ia pastinya tawaran yang jarang tiba. Tidak dapat dipastikan sama ada kereta ini boleh dieksport ke luar China dan didaftarkan atau mesti berada di China.

Apa pun kesnya, pembida yang memenangi bidaan ini masih boleh mendapat untung dengan menjual alat-alat gantinya.

Google ads
Back to top button