Buletin

TAK PANDANG CERMIN BELAKANG, FERRARI 458 ITALIA HILANG SEBELAH PINTU

Seorang pemilik Ferrari 458 Italia di Romania pasti menyesal dengan sikap gopohnya yang menyebabkan kereta sports itu kini tinggal satu pintu sahaja.

Hanya kerana tidak memandang cermin sisi sebelum membuka pintu, ia dilanggar oleh sebuah sedan Mazda.  

Insiden yang dikongsi oleh Total Impact pada 20 Mei lalu di laman YouTube itu sudah ditonton lebih 165,000 kali.

Klip video berdurasi 47 saat itu menunjukkan pemandu Ferrari merah seperti bertanyakan sesesuatu, sebelum mengundur dan memarkirnya.

Dia kemudian melakukan satu kesilapan besar, membuka pintu secara tiba-tiba dan terus ‘disapu’ oleh sebuah Mazda6 berwarna putih.

Jika dilihat, ini jelas silap pemandu Ferrari terbabit dan dia perlu membayar ganti rugi kepada pemilik Mazda6 yang turut mengalami kerosakan.

Untuk makluman, produksi 458 sudah ditamatkan sejak beberapa tahun lalu. Apatah lagi model yang dilanggar itu merupakan versi perlumbaan 458 Challenge. Jadi, usaha untuk mendapatkan alat ganti bukanlah mudah.

Google ads
Back to top button