
TEKNOLOGI PLUG-IN HYBRID PADA SF90 STRADALE BOLEH DIADAPTASI KE MODEL LAIN – FERRARI
Ferrari baru-baru ini mengejutkan industri pemotoran apabila memperkenalkan SF90 Stradale yang menggunakan sistem plug-in hybrid serta mampu menawarkan kuasa mencecah 986hp dan tork 800Nm.
“Kami akan hasilkan model hibrid lain dengan kerekteristik rangkaian kuasa yang spesifik.
‘Teknologi hibrid ini boleh diadaptasi dengan cukup mudah untuk model-model Ferrari yang lain,” kata ketua Pegawai Teknologi Ferrari, Michael Leiters.

Rangkaian kuasa plug-in hybrid itu terdiri daripada enjin V8 turbo berkembar berkapasiti 4.0 liter yang digabungkan bersama tiga unit motor elektrik.
Ferrari sebelum ini memang pernah menyatakan bahawa penghibridan model-model baharu akan menjadi aspek penting syarikat pada masa depan.
Apatah lagi usaha untuk menghasilkan jentera berkuasa tinggi yang mematuhi peraturan emisi semakin sukar.
- BACA: ENJIN 3.9L V8 FERRARI MENANG ANUGERAH ENJIN TAHUNAN (4 KALI BERTURUT-TURUT)
- BACA: PADANG INI MENJADI KUBUR BUAT BELASAN UNIT FERRARI. APA SEBENARNYA YANG BERLAKU MASIH KEKAL MISTERI
- BACA: FERRARI AKAN TAMATKAN BEKALAN ENJIN KEPADA MASERATI BERMULA 2021 ATAU 2022
- BACA: FERRARI MALAYSIA LANCAR F8 TRIBUTO. RM1,068,000 SAHAJA.