Artikel PilihanBuletin

FERRARI SAMBUT HARIJADI KE-75 SECARA BESAR-BESARAN TAHUN 2022 – BALLIAMO?

Ferrari bakal sambut ulangtahun ke 75 tahun dan ia mungkin mengejutkan ramai yang syarikat ini mampu bertahan sehingga kini. Mana taknya, mereka bukannya keluarkan jutaan kereta tapi mampu kekal sehingga ke hari ini dengan mengekalkan produk asal mereka, supercar.

Syarikat ini dimulakan oleh Enzo Ferrari di Maranello pada tahun 1947, selepas Perang Dunia Kedua. Berbanding syarikat lain yang menghasilkan kereta secara berhati-hati dengan sumber yang terhad, Ferrari pula berhasrat untuk menghasilkan kerera impian beliau.

Hasilnya lahirlah model popular 125 S yang membuka mata banyak pihak. Sayangnya perlumbaan tidak menghasilkan keuntungan yang banyak, jadi Ferrari memulakan pengeluaran kereta untuk membiayai minatnya terhadap dunia perlumbaan. Fuh… nasib baik si Ferrari ni tak terlintas nak buat produk kosmetik timbang kilo masa tu ataupun buat seminar jual air liur. Kalau tak memang haru boh.

Satu dunia tahu yang Ferrari memang agak sombong dan kurang melayan kehendak pelanggan. Tengok contoh hubungan awal beliau dengan pelanggan beliau yang paling popular, Ferruccio Lamborghini. Beliau kekal dengan sifat asalnya walaupun supercar keluaran beliau diminati ramai tapi mujurlah hubungan beliau dengan semua kakitangan syarikat adalah sangat baik.

Sebagai menyambut ulangtahun ke 75 tahun ini, Ferrari telah menghasilkan logo, video dan satu ukiran arca yang istimewa. Hmm…kek takde ke? Jangan bimbang kalau dah namanya syarikat kereta semestinya akan ada model-model hebat yang akan diperkenalkan tahun ini.

Ukiran arca itu dihasilkan daripada ribuan komponen alat ganti yang ditempa sendiri di kilang Ferrari dan dilengkapkan satu persatu oleh warga Ferrari. Ia merupakan symbol keluarga Ferrari di Maranello dan di seluruh dunia. Ada t-shirt copy ori kira family jugak kan?

Rasa-rasa model apa yang bakal keluar dari Maranello tahun ini? SUV Purosangue sudah tentu tapi mana cukup dengan SUV je. Ni Ferrari kot? Dengarnya ada juga 296 versi convertible.

Macam mana dengan prototaip hibrid misteri yang terlibat dalam kemalangan di Jerman baru-baru ini. Nampak macam diasaskan dari model SF90 Stradale tapi susah nak cam dengan pelekat camo penuh.

Boleh jadi juga model baru yang lebih berkuasa dari SF90 Stradale kerana Ferrari ni memang penuh dengan kejutan dari dulu sampai sekarang. Tak adanya diorang nak isytihar model baru kalau setakat tukar pelekat dengan tampal logo SE kat belakang.

Kredit Carbuzz.com

Google ads
Back to top button