Artikel Pilihan

FIAT MULTIPLA BUKAN LAGI KERETA TERHODOH DI DUNIA – TERIMA KASIH KEPADA EV BUATAN RUSSIA INI

Walaupun industri automotif Rusia kini berada dalam keadaan tidak menentu dengan penarikan diri beberapa gergasi automotif dari pasaran Rusia, Moscow Polytechnic University telah melancarkan sebuah prototaip yang diberi nama Amber.

Rekaan Amber mengundang banyak kritikan sinis yang melabelkannya sebagai pencabar terhebat kepada Fiat Multipla sebagai kenderaan paling hodoh di dunia.

Amber bukan hanya sebuah prototaip kerana ia bakal memasuki peringkat produksi menjelang tahun 2025 di Avtotor, Kaliningrad. Kilang yang sama juga sebelum ini digunakan untuk memasang kenderaan dari jenama BW, Ford, Kia dan Hyundai. Selepas semua jenama tadi menarik diri akibat serangan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, kilang tersebut terbiar tanpa pelanggan yang mahukan khidmatnya.

Spesifikasi lengkap Amber terutamanya jarak operasi, kuasa dan keupayan pengecasan belum didedahkan sepenuhnya. Ramai pengkritik menyatakan kereta ini kelihatan aneh kerana dihasilkan menggunakan alat ganti sedia ada. Tengoklah sajalah lampu utama dan dua lubang di bahagian kanan kenderaan yang tuhan sajalah tahu betapa buruknya rupa paras kereta ini.

Ada juga yang mengatakan kereta ini dibina menggunakan alat ganti yang dibeli melalui AliExpress dan sudah tentu ianya belum dapat dibuktikan. Namun menurut maklumat rasmi dari syarikat yang mengeluarkannya, kesemua perkakasan seperti motor elektrik, bateri, inverter dan macam-macam adalah buatan Rusia.

Nantikan sajalah kemunculan kereta ini. Ingat kadang-kadang kulit buku tak melambangkan isinya.

Google ads
Back to top button