
MITSUBISHI ECLIPSE CROSS 2021.MAKIN CUN, RUGGED
Mitsubishi melancarkan Eclipse Cross 2021 yang akan menjengah pasaran Jepun, Australia dan New Zealand sebelum akhir tahun ini.
Ia dijangka memasuki Amerika Utara pada suku pertama tahun hadapan.
SUV Eclipse Cross menawarkan rekaan lebih menawan dan bergaya sert menggabungkan ciri-ciri terbaharu berbanding model terdahulu.
Perubahan yang dapat dilihat pada model diperbaharui ini adalah di bahagian hadapan dengan kehadiran rekaan konsep signatur Dynamic Shield, bampar hadapan diperkemas dan layout lampu lebih segar.

Di bahagian belakang turut menampilkan rekaan semula dengan tingkap belakang diperinci agar meningkatkan penglihatan di bahagian cermin belakang.
Selain itu, ia dilengkapi lampu belakang tiga dimensi baharu menyerlahkan lagi sisi terkini jentera baharu ini.
Memasuki bahagian kabin, SUV ini hadir dengan infotainmen rantaian telefon pintar 8 inci baharu. Kalau dibandingkan model dahulu, skrin terbaharu ini memiliki jarak lebih dekat dengan pemandu dan penumpang hadapan bagi member keselesaan.
Pad sesentuh yang ada pada model terdahulu turut dibuang bagi memberi lebih banyak ruang storan pada konsol tengah.

Eclipse Cross 2021 akan dijual menggunakan trenkuasa yang terdapat pada Outlander PHEV. Sistem ini menggunakan khidmat dua motor elektrik ke enjin MIVEC 2.4 liter.
Terdapat tiga mod pemanduan yang boleh dipilih iaitu EV, Series Hybrid atau Parallel Hybrid.
Model terbaharu ini juga akan meneruskan penawarakan khidmat enjin MIVEC empat silinder 1.5 liter dengan ciri baharu turbocharger bagi mengurangkan lag kenderaan.- carscoops.