Buletin

TOYOTA CROWN SPORT PHEV DIPERKENALKAN – LEBIH RANGGI, JANA 302HP DAN TAWAR JARAK GERAK 90KM TANPA SETITIS BAHAN API

Toyota baru-baru ini memperkenalkan Toyota Crown Sport dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) di Jepun.

Dari segi luaran, Toyota Crown Sport PHEV kelihatan serupa dengan varian standard namun model PHEV ini didatangkan kelengkapan seperti rim aluminium 21-inci dan cakera brek berukuran 20-inci bersama angkup berwarna merah.

Selain itu, skema warna hitam dan merah menyerlahkan lagi di bahagian kabin, paddle shifter serta tempat duduk sport.

Bukan itu sahaja, ciri-ciri menarik lain termasuklah Vehicle to Home (V2H) untuk digunakan dalam situasi kecemasan seperti gangguan bekalan elektrik sehingga 6.5 hari selain, My Room Mode, ciri yang membolehkan pengguna menikmati sistem penyaman udara dan audio daripada sumber kuasa luar.

Jurutera Toyota juga membuat perubahan pada sistem sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan stabil.

Mengenai enjin, Toyota Crown Sport PHEV dilengkapi dengan enjin petrol 2.5 liter dengan tambahan dua motor elektrik dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 51 Ah.

Dengan gabungan enjin tersebut, kereta ini didakwa mampu menghasilkan kuasa sehingga 302hp.

Model PHEV pertama daripada siri Crown berupaya menempuh jarak sejauh 90km dengan menggunakan bateri sahaja.

Sementara itu, masa pengecasan mengambil masa 5.5 jam menggunakan pengecasan jenis standard, dan 38 minit menggunakan pengecasan pantas.

Untuk harga pula, Toyota Crown Sport PHEV boleh dimiliki pada harga bermula 7.65 juta yen atau kira-kira sekitar RM248,030 di Jepun.

GALERI:

Google ads
Back to top button