Buletin

TOYOTA PANGGIL SEMULA 1.12 JUTA KENDERAAN MODEL TAHUN 2020 HINGGA 2022 – MASALAH LITAR PINTAS DALAM SENSOR

Toyota Motor akan memanggil semula 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia kerana masalah litar pintas dalam sensor yang boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi.

Pemanggilan semula itu meliputi kenderaan model tahun 2020 hingga 2022 termasuk pelbagai jenis seperti Avalon, Camry, Corolla, RAV4, Lexus ES250, ES300H, ES350, RX350 Highlander dan Sienna Hybrid.

Menurut laporan, masalah itu boleh mengakibatkan ‘Occupant Classification System’ (OCS) tidak berfungsi.

Sehubungan itu, pemanggilan semula itu termasuk 1 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) akan pada bulan Februari 2024.

Toyota pada Julai 2022 mengeluarkan panggilan semula untuk 3,500 kenderaan RAV4 di Amerika Syarikat kerana potensi gangguan antara bahagian dalaman yang boleh menyebabkan sensor OCS tersalah mengesan penumpang kenderaan itu.

Beg udara hadapan telah menyelamatkan lebih 50,000 nyawa di AS selama 30 tahun, kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan.

OCS baharu dituntut kerana beg udara yang lebih lama digunakan boleh menyebabkan beberapa kecederaan dan dalam kes yang jarang berlaku malah kematian kepada kanak-kanak serta penumpang tidak memakai tali pinggang.

Google ads
Back to top button