
FISHER-PRICE POWER WHEELS F-150
Ford dan pengeluar alat permainan terkemuka dunia, Fisher-Price baru-baru ini telah menjalin kerjasama untuk membangunkan sebuah kereta mainan yang unik.
Dinspirasikan daripada model trak terkenal Ford F-150 tahun 2015, kereta mainan itu dikenali sebagai Fisher-Price Power Wheels F-150.
Bakal dipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat mulai September depan, ia ditawarkan pada harga sekitar AS$349.99 (RM1,120) seunit.
Ini merupakan kereta mainan generasi ketiga yang diinspirasikan oleh trak pikap F-150. Ia dijangka menjadi barangan cenderahati Ford yang paling laris.
Pada tahun 2013, Ford dilaporkan menjana hampir AS$2 bilion (RM6.40 bilion) hasil jualan runcit menerusi 400 perjanjian perlesenan. Perjanjian itu merangkumi model-model kereta, pakaian, mesin pinball, meja snuker, cologne Mustang dan alat-alat kuasa.







