Buletin

PEMANDU VOLVO XC90 MASUK LALUAN MOTOSIKAL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN DICARI POLIS

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Dalam video klip berdurasi 1 minit 43 saat itu, sebuah SUV Volvo XC90 dilihat secara tiba-tiba memasuki laluan motosikal. Pemandu terus memandu biarpun dihon oleh penunggang motosikal.

Dia hanya berhenti apabila beberapa buah motosikal berhenti di hadapannya. Tanpa rasa bersalah atau cuba meminta maaf, dia kemudian membelok untuk masuk semula ke Lebuhraya Persekutuan.

“Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan dan siasatan lanjut akan diambil berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. – Astro Awani

Google ads
Back to top button