Artikel Pilihan

FORD AKUI TERIMA MEMO TEKNIKAL SISTEM 48 VOLT TESLA – WELCOME BRO

Tesla Cybertruck yang dilancarkan baru baru ini merupakan produk pertama Tesla yang menggunakan sistem 48 volt untuk menyokong semua komponen elektrik yang digunakan oleh trak pikap ini. Penganalisis menjangkakan yang sistem ini bakal menggantikan semua sistem 12 volt secara beransur-ansur

Langkah yang dibuat oleh Tesla ini adalah bertepatan dengan pengumuman Tesla sewaktu Tesla Investor Day 2023. Antara kelebihan menggunakan sistem voltan tinggi ialah arus elektrik boleh direndahkan, mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dan menggalakkan penggunaan kabel serta sambungan elektrik yang lebih nipis, mengurangkan berat kenderaan dan kos pembuatan

Jika pengeluar lain akan mengenakan royalti untuk sistem ini, Tesla sebaliknya berusaha dengan menyebarkan sistem 48 volt ini kepada semua pengeluar di dunia dengan menghantar memo kepada semua pengeluar.

Salah seorang yang menerima memo ini ialah CEO Ford Motor sendiri iaitu Jim Farly yang mengesahkan beliau telah menerima memo tersebut. Malah Jim Farley membalas memo tersebut dengan menjawab “bagus untuk industrri” membayangkan Ford bersedia mengubah rekaan sistem elektrik mereka daripada 12 volt kepada 48 volt dalam masa terdekat.

Elon Musk membalas hantaran di Tweeter dengan ucapan pendek “You’re welcome”. Jim Farley turut membalas Tweet dengan ” Great to read the document and realize that our next-gen team has been on a similar path. Let’s work together to help the supply base move into the 48V future as well

Keadaan ini memberi gambaran yang Ford akan bergerak ke arah sistem 48 volt pada masa hadapan. Selain daripada Ford, pengeluar lain turut menerima memo yang sama. Penukaran sistem 48 volt daripada 12 volt bererti pengeluar perlu bekerjasama dengan pembekal mereka bagi menghasilkan komponen baru seperti motor elektrik, sensor dan cip komputer yang menggunkan sistem 48 volt.

Selain daripada memerlukan komitmen pelaburan baru, tidak banyak pengeluar yang bersedia dan mampu mengeluarkan sistem 48 volt secara besar-besaran dalam masa yang singkat. Pusat servis pula perlu bersedia dari segi alatan teknikal bagi membaca sistem 48 volt.

Dalam kebanyakan kereta elektrik keluaran Tesla yang sebelum ini, kebanyakan kenderaan Tesla masih menggunakan sistem 12 volt tapi kuasanya dibekalkan daripada bateri ion lithium. Antaranya ialah Model S, Model X, Model 3 dan Model Y.

Untuk Cybertruck, besar kemungkinan bateri Ion lithium ini telah dinaikkan daripada 12 volt kepada 48 volt bagi sistem sokongan elektrik

Google ads
Back to top button