Buletin

FORD BAKAL BUANG 3,800 PEKERJA DI EROPAH – FOKUS PENGELUARAN EV

Ford mengesahkan khabar angin tentang rancangan untuk mengurangkan tenaga kerja di Eropah kerana ia akan beralih kepada pengeluaran kereta elektrik sepenuhnya pada masa hadapan.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Blue Oval dijangka menghentikan sekitar 3,800 orang pekerja termasuk 2,800 jurutera.

Manakala, 1,000 lagi pekerja terdiri daripada bahagian pentadbiran, pemasaran, jualan dan pengedaran.

Melihat lebih dekat lagi, seramai 2,300 pekerja akan dilepaskan di Jerman dan 1,300 lagi di UK, dengan baki 200 pekerja lagi adalah dari bahagian lain di Eropah.  

Menjelang 2025, Ford akan mempunyai 3,400 orang yang masih bekerja dalam bidang kejuruteraan.

“Kami tidak memerlukan pekerja yang ramai untuk pembuatan kenderaan elektrik. Inilah sebabnya kami membuat pelarasan,” jelas Pengurus Besar Ford Model e di Eropah, Martin Sander.

Walaupun bagaimanapun, syarikat itu berhasrat untuk memenuhi janjinya untuk memiliki rangkaian model elektrik serba lengkap di Eropah menjelang 2035. Ia akan memulakan revolusi EV akhir tahun ini dengan model crossover kompak Puma di Cologne, Jerman.

Puma versi EV didedahkan menjelang pelancarannya pada 2024. Ia akan dihasilkan di Craiova, Romania dan menggunakan penyesuaian elektrik bagi platform yang menyokong model Fiesta.

Google ads
Back to top button