Buletin

FORD RANGER RAPTOR 2023 KINI DI EROPAH. KUASA 288HP SAHAJA, 7 MOD PEMANDUAN, BANYAK AKSESORI

Ford Ranger Raptor telah buat kemunculan rasmi di Eropah, membolehkan pembeli di sana merasai kebolehan trak pikap itu.

Tujuh mod pemanduan disediakan iaitu Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan Baja.

Ford Ranger Raptor 2023 didatangkan dengan pilihan tujuh warna termasuk Code Orange atau Conquer Grey. Roda aloi 17-inci disertakan sebagai standard yang dibalut dengan tayar pretasi eksklusif Raptor.

Manakala untuk bahagian lampu, satu set lampu hadapan LED matriks didatangkan standard bersama lampu nyalaan siang LED.

Pelbagai aksesori akan tersedia untuk pembeli Eropah. Ini termasuklah khemah bumbung untuk dua orang daripada ARB yang mempunyai tilam binaan dalam, lima tingkap dan berzip.

Ia menggabungkan aluminum upper serta lower control arms, suspensi hadapan dan belakang perjalanan jauh, selain hujung belakang pautan Watt yang diperhalusi.

Ia juga menampilkan penyerap hentak Fox 2.5-inci Live Valve yang diisi dengan minyak serta diselitkan Teflon untuk mengurangkan geseran.

Seperti layaknya sebuah pikap off-road, terdapat sistem pacuan empat roda sepenuh masa termaju bersama transfer case dua kelajuan yang dikawal secara automatik. Turut ditampilkan adalah kunci differential hadapan dan belakang.

Sama seperti di pasaran lain, Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin pengecas turbo berkembar 3.0 liter V6. Walaupun enjin ini menghasilkan 397hp dan tork 583Nm di Malaysia, namun untuk keluaran Eropah, kuasanya dihadkan kepada 288hp dan tork 491 Nm sahaja disebabkan piawaian pelepasan yang lebih ketat di pasaran Kesatuan Eropah.

Walau bagaimanapun, Ford telah melengkapkan Ranger Raptor baharu dengan sistem ekzos aktif yang dikawal secara elektronik, menawarkan profil bunyi Quiet, Normal, Sport dan Baja.

Setakat ini, tiada butiran harga dinyatakan untuk Ford Ranger Raptor 2023 pasaran EU.

GALERI:

Google ads
Back to top button