Buletin

ASTON MARTIN TAK MAHU BANYAK SANGAT SUV, SATU SUDAH CUKUP

Baru-baru ini, Aston Martin telah pun memperlihatkan secara rasmi varian pantas DBX707, dengan enjin AMG 4.0 liter V8 yang telah ditala semula untuk menghamburkan kuasa setinggi 707 PS.

Ia juga sekaligus menjadi SUV yang paling pantas di dunia dan berjaya mengalahkan model seperti Lamborghini Urus serta Bentley Bentayga Speed.

Secara tidak langsung, ia terus membenarkan teori bahawa pengeluar kereta pantas perlukan modal perniagaan SUV yang jauh lebih menguntungkan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tapi, adakah Aston Martin akan terus menawarkan model SUV baharu kepada pelanggannya?

Jawapan yang diberikan oleh Tobias Moers selaku CEO jenama itu, tidak.

Beliau mengesahkan Aston Martin tidak akan melancarkan model SUV baharu pada masa akan datang, atau memperkenalkan model crossover yang lebih kecil.

“Model SUV yang lebih kecil? Tiada apa yang dapat kami saingi. Model dengan jarak antara roda yang lebih panjang. Mungkin tidak bila melibatkan gandingan antara aspek prestasi dan kemewahan yang unggul, jadi kami serahkan (model tersebut) kepada pihak lain.

Jelas dan nyata, Moers menegaskan Aston Martin hanya akan mempunyai sebuah model SUV sahaja, iaitu DBX.

Sumber: Motor1

Google ads
Back to top button