Motosikal

HONDA LANCAR SKUTER VARIO 160 DI INDONESIA. ENJIN LEBIH POWER, BERMULA RM7.5K 

PT Astra Honda (AHM) baru-baru ini memperkenalkan skuter Honda Vario 160 serba baharu ke pasaran Indonesia. Jentera yang menjadi pesaing terus kepada Yamaha NVX 155 itu dilihat menerima enjin baharu dan penambahbaikan pada segi rekaannya. 

Vario yang mula diproduksi sejak tahun 2006 itu kini sudah memasuki generasi ketujuh. 

Berbeza dengan model terdahulu, skuter itu kini menggunakan enjin empat lejang bersesaran 160cc dengan teknologi eSP+. Ia mampu menjana kuasa sehingga 15.1hp pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 5,000rpm. Ini merupakan kenaikan 2hp berbanding enjin 150cc. 

Dipadankan dengan kotak gear automatik V-Matic, penggunaan bahan api adalah sekitar 46.9km bagi setiap liter petrol. 

Perubahan ketara dapat dilihat pada rekaan badannya yang lebih sporty dan besar. Vario 160 menggunakan lampu utama, lampu DRL dam lampu belakang LED, di samping slot USB untuk mengecas peranti pintar. 

Vario 160 ditawarkan dalam dua varian iaitu CBS dan ABS. Varian CBS didatangkan dalam dua tona hitam dan merah. Manakala model ABS ditawarkan dalam warna hitam matte dan putih. Selain menerima rim berwarna titanium untuk tampil lebih premium. Ia juga menggunakan brek ABS dan cakera pada brek belakang. 

 Ia dipasang dengan tayar tanpa tiub berdaiz lebih besar iaitu 100/80/14 di hadapan dan 120/70/14 di belakang. Sebagai sebuah skuter moden, Vario 160 hadir dengan sistem Honda Smart Key yang lengkap bersama penggera.  

Jentera tersebut dibina di atas platform eSAF (enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkannya lebih mudah untuk dikendali. 

Varian CBS ditawarkan pada harga bermula 25.8 juta rupiah (RM7,520). Manakala varoan ABS berharga 28.5 juta rupiah (RM8,300) seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button