Artikel PilihanBuletin

FORD FOCUS RS RX KENT BLOCK BERJAYA DIJUAL DENGAN HARGA USD200,000!

Kereta yang dimaksudkan di sini ialah Ford Focus RS RX yang dipandu oleh Kent Block dalam video Gymkhana Nine: Raw Industrial Playground. Murah ke untuk sebuah Ford Focus RS? Mahal tu weh. Kalau dalam RM bersamaan dengan RM832,500.00 tu. Eh, ada yang tak kenal Kent Block ke? Kalau tak kenal mungkin korang jenis layan website k-pop je sebelum ni kot.

Focus RS RX ini dihasilkan untuk membolehkan Block menyertai pertandingan FIA World Rallycross Championship dan ia dikuasakan enjin 2.0L turbo yang mampu menghasilkan 600 hp kuasa maksima. Sama seperti bahagian badannya, enjin ini dihasilkan secara sepakat oleh M-Sport dan Ford Performance.

Selain daripada itu, kereta ini juga menggunakan suspensi Reiger dengan casis yang diperkuatkan sebelum enjinnya dipadankan dengan kotak gear 5-kelajuan sequential Sadev. Ia juga menggunakan differential belakang dan tengah juga dari jenama Sadev.

Jentera rallycross seperti ini biasanya mampu membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 2 saat dan kami yakin kereta bekas milik Block ini juga mempunyai kemampuan yang sama.

Antara ciri unik kereta ini ialah rim-rim sport keluaran O.Z. Racing bersaiz 17 inci yang dibalut dengan tayar-tayar homologasi rallycross. Nampak serius betul. Selain daripada itu ia turut dilengkapi dengan sangkar keselamatan yang menepati piawai FIA, tempat duduk Recaro, roda stereng pelbagai fungsi M-Sport dan sistem pengurusan enjin dan data Cosworth. Fuh, semua aksesori tambahan kayangan.

Hasil jualan kereta ini yang dijayakan oleh syarikat lelongan Barret-Jackson akan didermakan kepada Team Rubicon, sebuah pertubuhan kebajikan yang mempunyai misi untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan akibat bencana.

Harap-harap pemilik baharu kereta ini mampu mengendalikannya dengan baik dan tidak hanya menyimpannya sebagai alat hiasan. Rugi la beli kereta best-best tapi simpan dalam rumah untuk tatapan diri sendiri.

Google ads
Back to top button