Buletin

MAHU RASA GEMBIRA? PANDU KERETA SPORTS – KAJIAN FORD

Anda ingin rasa gembira? Lupakan percintaan, makan di restoran mewah, perlawanan bola sepak atau program TV kegemaran anda.

Sebaliknya, hasil kajian oleh mendedahkah bahawa cara terbaik untuk meningkatkan deria dan kegembiraan emosi adalah dengan memandu kereta sports setiap hari.

Kajian yang dijalankan oleh Ford itu bertujuan mengukur “buzz moments” – satu rasa kemuncak yang memainkan peranan penting dalam aspek kesejahteraan hdup manusia secara keseluruhannya.

Antara contoh aktiviti ialah penyokong bersorak kepada pasukan kegemaran, menonton episod Game of Thrones yang mendebarkan, bercium dengan pasangan atau menghadiri kelas tarian salsa.

Hanya menaiki roller coaster yang dapat mengatasi rasa teruja memandu sebuah kereta sports.

Bekerjasama dengan pasukan saintis neuro dan pereka bentuk, Ford merealisasikan  kajian tersebut menerusi sebuah Ford Performance Buzz Car.

Ford Focus RS yang telah diubah suai itu dilengkapi teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence, AI) untuk mengukur emosi pemandu dalam masa sebenar di dalam kereta.

“Kajian ini menunjukkan bagaiamana memandu sebuah kereta berprestasi tinggi bukan sekadar membawa anda dari poin A ke poin B. Tetapi ia boleh menjadi rutin penting dalam kesejahteraan hidup anda,” kata Ketua Bidang Fisiologi, Dr Harry Witchel.

Peserta kajian yang memandu Ford Focus RS, Focus ST atau Mustang mencatat buzz moment berkepadatan tinggi 2.1, berbanding 3.0 buzz moment ketika menaiki roller coaster.   

Aktiviti Buzz Moments *
Roller Coaster 3
Memandu 2.1
Membeli-belah 1.7
Game of Thrones 1.5
Menonton perlawanan bola sepak 1.5
Bercium 0
Menari Salsa 0
Makan malam 0

* purata poin buzz moments bagi setiap peserta

Kita kena cuba ni.

Google ads
Back to top button